Tuesday, March 12, 2013

Soalan: CERAI TAKLIK

Nama*:ZULAIKHA HASSAN
Alamat Email:
Tajuk*:CERAI TAKLIK
Message*:SAYA SUdah pun disahkan bercerai oleh mahkamah syariah akibat dari lafaz taklik suami saya iaitu "jika abang ada perempuan lain lagi selepas ini kita bercerai" dengan maksud meyakinkan saya bahawa dia tidak akan curang lagi tetapi selepas dua hari dia masih curang dan berjumpa dengan perempuan lain cuma saya tidak tahu. selepas seminggu, rahsia terbongkar dan saya buat aduan ke mahkamah dan kemudian disahkan jatuh talak. kini saya sudah berkahwin lain tetapi sebelum berkahwin dia beritahu saya yang talak itu sebenarnya tidak jatuh kerana baginya perempuan lain itu boleh dimaksudkan dengan ibu atau kawan perempuan biasa, tetapi saya tahu semasa di mahkamah, tuan hakim sudah bertanya kepadanya adakah maksud perempuan itu adalah perempuan lain yang untuk perbuatan curang? dia kata ya. Cuma kadangkala saya rasa curiga juga, apa pendapat ustaz.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.96.225

Salam Puan Zu,

Saya setuju dengan pendapat mahkamah. Maksud perempuan lain itu ialah perbuatan curang, bukannya pada ibu atau saudara mara.

Mungkin dia cemburui kebahagiaan puan..

Bersabarlah dan binalah kebahgiaan utk keluarga puan.

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA