Friday, March 15, 2013

Soalan: was-was lafaz cerai (bahagian 2)

Nama*:Mr. Z
Alamat Email:muttontallow@yahoo.com
Tajuk*:was-was lafaz cerai (bahagian 2)
Message*:Salam ustaz, (ustaz, saya ada tambahan soalan untuk permasalahan ini..sila rujuk di bawah sekali)
Soalan saya, Si suami dalam keadaan tertekan dan was-was tentang lafaz yang dibuat secara gurauan terhadap isterinya. Lafaznya berbunyi "KITA BERCERAI SAJA"
Ketika di bilik tidur (isteri sedang nyenyak tidur), si suami tidak dapat melelapkan mata..lafaz tersebut sentiasa bermain-main dalam kepalanya�dan ia BERMONOLOG sorang2 dalam hatinya dan ketika itu dia TIDAK ADA NIAT kepada isterinya sebaliknya dia hanya memikirkan dan bimbang tentang lafaz
tersebut. Contohnya dia berkata dalam hati..�Jatuh ke talak kalau cakap macam tu, KITA BERCERAI SAJE...jatuh ke??�Dia asyik mengulangi lafaz tersebut di dalam hatinya untuk meyakinkan dirinya bahawa lafaz tersebut tidak sah dan tidak jatuh talak. Dan secara tidak sengaja, akibat terlalu
memikirkan tentang lafaz tersebut, sedang dia buat penilaian sendiri terhadap lafaz tersebut di dalam hatinya, tiba-tiba lafaz tersebut terpacul dari mulut mulut saya secara tak sengaja. Tapi yang pasti yang yang ketika itu, si suami hanya BERMONOLOG ATAU CAKAP SORANG2 TANPA DITUJUKAN KEPADA ISTERINYA. Apakah jatuh talak lafaz yang dibuat TIDAK
ditujukan kepada isterinya??

#Soalan tambahan; Sekiranya lafaz secara gurauan itu sah..bagaimana pula dgn situasi si suami yang bermonolog/ckp sorang2 sehingga terpacul dari mulutnya tetapi lafaz tersebut bukan DITUJUKAN KEPADA ISTERINYA..DAN TIDAK DINIATKAN ATAU DIQASADKAN KEPADA ISTERINYA(suami yakin lafaz tidak ditujukan kpd isteri)....ia sekadar untuk meyakinkan dirinya dan merujuk kepada situasi yang pertama. Adakah jatuh talak buat kali kedua ustaz?? Mohon penjelasan ustaz ..hanya Allah mampu membalas jasa ustaz.Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 110.159.73.206

Salam Sdr Z. Rujuk jawapan pada soalan sebelum ini.

Jauhi was-was. Elakkan sama sekali. Orang seperti ini hilang keyakinan diri terutamanya soal ibadah kerana dia tewas dengan mainan syaitan.

Pada kes ini, ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Powered by EmailMeForm


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA