Monday, March 18, 2013

Soalan: lafaz taklik

Nama*:Na
Alamat Email:nurainfirdaus7@gmail.com
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:As salam ustaz....
Saya (isteri) ingin bertanyakan mengenai kemusykilan sy mengenai perkara ini..

Tidak silap saya pada 1 tahun lebih yg lepas (2011) pernah terjadi pergaduhan antara saya dan suami disebabkan suami saya ada berkawan dengan perempuan lain dan suami byk menipu saya juga.. akibat terlalu marah dan sedih saya mintak suami saya berjanji("kalau suami ade lagi berkawan rapat dengan perempuan lain dan tipu saya, suami kena ceraikan saya")

Dan suami cume ("berkata haaa yaaaa ok")... adakah itu dikira taklik kepada kami? saya mohon penjelasan ustaz... adakah cukup syarat taklik kami dengan berkata begitu? Kerana pada masa itu saya tidak sedar yg apa yg saya katakan itu adalah taklik. Saya membuat perjanjian tetapi saya ingin tahu adakah itu sudah jadi taklik kerana suami juga sudah berkata "haaa yaaa ok"

Sejak dr peristiwa itu saya dapati suami tidak berlaku curang kepada saya...baru2 ini (2013) saya teringat kembali akan perjanjian yg saya suruh suami janji itu baru saya terpikir adakah itu taklik. saya tanye kan pada suami adakah die penah curang dan tipu saya.. suami berkata tidak..tetapi ustaz semase perjanjian tersebut suami saya tidak berapa paham.. dia cuma paham yang saya kata die kene ceraikan saya kalau dia ada berkawan rapat dengan perempuan lain, mengenai janji yang saya kata dia tidak bole tipu itu dia ckp saya xcakap dan saya cuma cakap kalau dia ada hubungn rapat dengan perempuan lain sahaja dia kene ceraikan..saya pun keliru dengan perjanjian ini..adakah sah?.dan bagaimana jika suami saya tidak ada hubungan rapat dengan perempuan lain tetapi cuma ada tipu saya mengenai hal2 lain..adakah jatuh talak ke atas diri saya? mohon penjelasan ustaz dengan lebih detail...

Syukran ustaz
File Upload:
Visitor IP: 123.136.106.118

Salam Puan Na,

Pada fahaman saya, ia tidak menjadi satu taklik. Lafaz taklik adalah diucapkan atas kerelaan dan niat suami, bukannya isteri. Jika suami sekadar berkata 'haa yaa ok' ia tidak menggambarkan kepada satu janji yang pasti. Boleh jadi dia hanya mengiyakan keadaan pada masa itu, bukannya bermaksud untuk mengakui taklik seperti yang diminta oleh isteri. Lafaz seperti ini tidak jelas, maka kenalah bertanyakan suami sama ada ia benar-benar bertujuan taklik cerai atau sekadar 'mengiya bagi meredakan keadaan'.

Sekadar itu yang termampu saya jawab.. Maaf n tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA