Nama*: | Nur Aisyah |
Alamat Email: | Qiesyn@yahoo.com |
Tajuk*: | saya isteri yang keliru...bantulah saya.. |
Message*: | Assalamualaikum wbt.....Saya ada beberapa kemusykilan untuk ditanya.Harap pihak ustaz dapat rungkaikan dengan jelas dan nyata : 1)Malam semalam saya terbaca perbualan suami bersama wanita lain melalui 'mesej peribadi' di dalam satu laman sosial.. Wanita itu bertanya 'AWAK DENGAN EX AWAK DIVORCE HIDUP OR MATI?'. Dan suami menjawab 'HIDUP WAK..XDE PERSEFAHAMAN..PISAH BAIK.XDE GADUH2..AWAK PULAK?' 2)Di dalam profil diri,suami ada menyatakan STATUS PERKAHWINAN : DUDA , TAHUN PERCERAIAN/KEMATIAN SUAMI/ISTERI : 2012 3)Di awal perbualan suami memperkenalkan diri,umur,seterusnya membuat pengakuan bahawa dia seorang DUDA XDE ANAK. Ustaz....untuk soalan 1 apakah hukum kepada jawapan suami kepada wanita itu?? Adakah terjatuh talak keatas saya?? Soalan 2 dan 3 pula adakah ia sama kedudukannya seperti soalan 1 tadi? Masih sah lagi ke taraf saya sebagai seorang isteri?? Boleh ke suami menggauli saya?? Mohon dapat penjelasan yang tepat dengan segera dari pihak ustaz.Terima kasih..... |
File Upload: |
Salam Puan Aisyah,
Dalam kes ini, ia tidak menjatuhkan talak kerana tiada lafaz talak diluahkan oleh suami puan. Ia hanya satu penipuan oleh suami puan yang mungkin barangkali kerana ia sedang memikat bunga yang lain.
Usah dibimbang soal status puan sebagai isteri yang sah kerana ia tidak melibatkan talak.
Hanya puan perlu untuk kembali menambat hatinya dan meminta penjelasan lanjut kenapa suami sanggup berdusta soal statusnya..
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.