Soalan: Aku bebaskan kau
Nama*: | siti nur |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Aku bebaskan kau |
Message*: | Salam ustaz, saya nak mohon jawapan dari ustaz. begini ceritanya, minggu lepas saya dan suami ada tengok sebuah cerita. yg mana di satu scene tu, pelakon suami menceraikan isterinya dengan berkata "Aku bebaskan kau". Jadi kebetulan pada masa itu, saya tidak mendengar ungkapan ayat pelakon itu dan saya bertanya kepada suami.. begini...
saya: abang, apa suami dia cakap? saya tak dengar
suami saya: aku bebaskan kau.... (yg mana masa ketika itu suami saya tengah main game di hp dan niatnya dirujuk pada cerita tersebut)
Adakah jatuh talak ke atas saya ustaz? saya bertanya pd suami, niat abg ada ke bebaskan saya? dia kata tidak.. dia cuma katakan apa yg sy tanya iaitu apa yg pelakon lelaki itu cakapkan.
Saya mohon jasa baik ustaz utk menjawab soalan saya ini. Saya berharap sgt nama saya dirahsiakan, |
File Upload: | |
Visitor IP: 203.106.143.138
Salam Puan Siti,
Dalam kes ini tidak jatuh talaknya kerana ia tidak dimaksudkan menceraikan isteri.
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.