Nama*: | sya5132 |
Alamat Email: | sya5132@gmail.com |
Tajuk*: | PENCERAIAN TAKLIK 4 BULAN |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz.. Saya sekarang mengandung 6 bulan anak pertama. Utk pengetahuan ustaz, suami saya ada ketagihan pil penahan sakit (dos dadah yg teramat tinggi), saya dpt mengetahuinya dari sms kwn dia dan terjumpa dalam wallet, dan dia juga turut mengedar pil tersebut.. Disebabkan sy dan anak takut dijangkiti (saya ketika itu dlm keadaan tidak stabil risau dia turut mengambil dadah lain) terpaksa beritahu keluarga kerana perkahwinan kami telah diaturkan oleh mereka, sy tidak begitu mengenali latar belakang suami saya.. Tetapi keluarga pihak saya mengambil langkah menghalau dia dari rumah (saya agak tidak bersetuju dgn langkah yg diambil tapi keadaan saya teramat lemah asyik menangis tidak mampu buat keputusan)...dan ketika suami saya juga bersetuju utk keluar dr rumah kami dan mengaku mengambil pil tersebut (saya dan suami tinggal di rumah keluarga saya).. Setelah hampir 2 bulan lebih berlaku peristiwa itu, suami saya menyepi..saya ada sms beliau dlm 4 kali sepanjang peristiwa tersebut agar kami berpisah dgn cara baik dan saya mohon maaf kepadanya.. tetapi tiada sebarang jawapan. Mungkin dia berdendam wallahualam Keluarga saya mendesak saya tuntut permohonan fasakh tapi saya tidak mahu memalukan beliau lagi..tindakan menghalau sblum ini yg keluarga saya buat pn saya rasa amat bersalah.. (sepanjang perkahwinan kami, setiap malam dia akn keluar bersama kawan dia dan bila tiada simpanan akn meminta duit dr saya). Walau apa pun dia lakukan pd saya dl, saya tetap teringat akan budi baiknya juga..saya tidak sampai hati.. Jadi saya ingin buat tuntutan cerai taklik 4 bulan andai dia tetap menyepi tanpa memberi nafkah zahir n batin. Cuma beberapa kekeliruan di sini : 1. Adakah taklik 4 bulan tanpa nafkah zahir n batin akan jatuh ketika hari saya melahirkan anak ini.. 2. Andai saya buat tuntutan di mahkamah utk cerai taklik, boleh saya tidak bagitau kepada umum dia ada ketagihan akan pil penahan sakit..cukup hanya alasan dia abaikan selama 4 bulan 3. Jika alasan kena diberikan kpd mahkamah kenapa keluarga saya menghalau suami saya, adakah saya berdosa mengaibkan suami saya tanpa keredhaan dia Sebolehnya2 saya tidak mahu beritahu kepada umum yg dia ketagihan..boleh ke ustaz.. Ribuan terima kasih, jasa baik merungkai permasalahan yg saya alami hanya Allah mampu membalasnya.. -ibu diduga- kelantan |
File Upload: |
Salam Puan Sya,
Setiap kali akad nikah, biasanya suami akan membuat lafaz taklik; "iaitu jika meninggalkan isteri tanpa nafkah selama empat bulan berturut-turut dan isteri membuat aduan di mahkamah (pejabat kadi), dengan mambayar RM1, maka jatuhlah talak satu."
Jika lafaz taklik ini ada didaftarkan dalam surat nikah, maka puan boleh membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan cerai @ talak. Ia tidak perlu dinyatakan sebab 'ketagihan', tetapi memadai dengan pengabaian nafkah selama empat bulan berturut-turut seperti yang disebut dalam taklid.
Namun kebiasaannya, pihak Kadi akan bertanya lebih lanjut perkara ini sebelum dibuat keputusan. Pada ketika itu, untuk keadilan bukannya untuk memalukan suami, eloklah puan bercerita sebenarnya kepada pihak kadi @ mahkamah.
Lafaz taklik tidak dikaitkan dengan mengandung atau melahirkan anak, so jika puan melahirkan anak ketika ini, ia tidak menjatuhkan talak.
tk.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.