Nama*: | nana |
Alamat Email: | nana199@yahoo.com.mu |
Tajuk*: | cemburu |
Message*: | Suami saya dapat bonus hujung tahun lepas. Suami menghadiahkan saya telefon bimbit dalam harga Rm380 manakala ibu suami dapat cincin emas dalam rm500. Saya sebagai isteri rasa cemburu sangat . Berdosakah saya apabila berperasaan cemburu dengan tindakan suami? |
File Upload: |
Salam Puan Nana,
Alhamdulillah dan syukur kerana puan dianugerahkan seorang suami yang amat baik lagi penyayang. Sukar hendak dapatkan seorang suami yang prihatin n caring seperti yang suami puan lakukan.
Pada saya, tidak salah puan cemburukan perbuatan suami yang melebihkan ibunya. Tetapi janganlah sampai terlalu lama dipendam rasa dan lihatlah dari sudut yang positif, lihatlah kebaikannya dan ketulusannya berbakti kepada seorang ibu. Mungkin itu hadiah yang memang diniatkan sejak sekian lama untuk diberikan kepada ibunya, mungkin itu juga nazarnya sebagai mengenangkan pengorbanan seorang ibu...
Jika puan juga mahukan hadiah sedemikian, luahkanlah rasa hati.. Terkadang suami tidak sedarpun apa yang dia lakukan, pertimbangannya mungkin benar pada waktu tertentu, tidak untuk semua ketika..
tk
Visitor IP: 60.53.26.86
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.