Wednesday, March 6, 2013

Soalan: tambahan soalan sebelumnya ( derhaka)

Nama*:nina
Alamat Email:nina@yahoo.com.my
Tajuk*:tambahan soalan sebelumnya ( derhaka)
Message*:Perlukah saya memaafkan ibu mentua saya padahal die telah marah dengan maki2 dan bahasakan saya.
Ustaz tak faham hati dan perasaan saya. Saya yang lebih berhak terhadap anak saya bukan ibu mentua saya..
File Upload:

Salam Puan Nina,

Saya mohn maaf atas pandangan saya yang kurang tepat. Maaf kerana saya juga tidak berada pada situasi puan, yang tentunya kurang memahami apa yang berlaku.

Cuma satu sikap saya dalam hal ini. Ibu walau apa keadaan sekalipun, wajib dimuliakan, wajib dihormati, wajib diberi keutamaan. Itu hakikatnya. Anak; walaupun benar tindakan kita, tetap pastinya kita merendah diri dan mengalah. Pujuklah hati untuk memaafkan ibu puan.

Puan tinggal sebumbung dengannya, puan beribukan suami puan yang tentunya suami puan itu amat sayang akan ibunya. Suami isteri seharusnya menyayangi apa yang disayangi oleh pasangan, membenci apa yang tidak disukai oleh pasangan. Apabila suami puan menyayangi ibunya, sebagai isteri wajiblah kita menyayangi ibu berkenaan.

Ibu puan juga adalah manusia biasa, tentunya ada kekurangan dan kelemahannya. Dia kadang kala mengatakan apa yang tidak sepatutnya (maki), malah kita sendiri ada kalanya tidak patut melafazkan ucapan yang tidak baik kepada suami, tetapi ungkapan itu telah kita lontarkan di hadapan suami... Dan kita sedar kesalahan kita! Selalunya kita boleh memaafkan diri kita apabila kita yang bersalah. Namun kenapa agak sukar untuk kita memaafkan orang lain.

Agama mengajar kita supaya bersabar, bijaksana dan saling bermaafan. Semoga Puan akan terus bahagia dengan suami, anak dan ibu tempat kita menumpang kasih.

tk

Visitor IP: 60.50.136.24

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA