Wednesday, March 6, 2013

Soalan: derhaka

Nama*:nina
Alamat Email:nina@yahoo.com.my
Tajuk*:derhaka
Message*:Saya memarahi anak saya sebab dia tak mahu makan.
Kemudian ibu mertua saya marahkan saya dan cakap bukan-bukan pada saya. Saya kecil hati sebab dimarahi. Semenjak dari kejadian itu saya dan ibu mentua saya tidak bertegur. Dia tak nak tegur saya dan saya pun susah nak tegur sebab kecil hati.
Untuk pengetahuan ustaz, saya tinggal serumah dengan ibu mentua saya ( ibu suami saya).
Dalam situasi ini, apakah yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Adakah seorang isteri berdosa besar bila derhaka pada ibu mentuanya sedangkan apa yang saya tahu isteri akan lebih berdosa jika derhaka pada suami shj
File Upload:

Salam Puan Nina,

Memutuskan hubungan dengan ibu mertua adalah satu dosa, jika tidakpun dianggap dosa besar. Namun ia tetap berdosa dan jika sampai menyakiti hatinya dan menimbulkan kemarahannya atas alasan yang benar, maka dosa besar jugalah perbuatan itu.

Dalam hal ini, saya memahami perasaan puan dan sebaiknya juga kita cuba memahami perasaan ibu mertua puan. Dia memarahi puan atas alasan dia terlalu sayangkan cucunya, tidak sanggup melihat cucunya dimarah walaupun oleh ibunya sendiri. Mungkin sampai waktunya kita akan lebih memahami rasa kasih seorang nenek kepada cucu...

Saya nasihatkan puan, eloklah kembali bertegur sapa dengan ibu mertua. Maafkanlah dia atas kesilapan yang seperti itu. Rendahkanlah sayap kita, tidak rugi barang sedikitpun kita merendah dan mengalah... Percayalah. Sementelah puan masih juga tinggal sebumbung dengan ibu, tentunya tidak elok bermasam muka berpanjangan.

Elakkan rasa marah kerana rasa marah adalah dorongan syaitan dan akhirnya ia boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Segeralah memaafkan ibu mertua puan... Itu pandangan saya. Saya mohon maaf jika saya keterlaluan...

tk

Visitor IP: 60.50.136.24

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA