Friday, March 29, 2013

Soalan: jodoh

Nama*:leya
Alamat Email:mis@yahoo.com
Tajuk*:jodoh
Message*:assalamualaikum,,ustaz..

Saya pernah menjalinkan hubungan dengan suami org secara rahsia selama 2 tahun,,tanpa pengetahuan isteri dia,,dan sy juga tahu yg dia takkan pernah mahu berkahwin dengan saya. Tapi,sy selau menghrapkan hubungan itu menjadi sah satu hari nanti,,apakan daya isterinya mengetahui lalu sy undur diri atas dasar tak sampai hati utk menghancurkan rumah tangga org,,

Selang 5 bulan, sy mengetahui,dr dia ,bahawa isterinya akan migrate ke oversea bersama anak2, sy simpati,,namun dalam masa yg sama, masih mengaharapkan dia,,

Ustaz, sy tak nak dilukakan lg @ di permainkan lg. Saya mohon kpd Allah jika dia bkn jodoh, hapuskanlah semua perasaan yg ada utk dia. Tapi masalahnya sy ikhlas dlm menyayangi dia dan tak boleh lupakan dia.

Berdosakah saya? Saya simpati atas decision wife utk migrate oversea, namun dlm masa yg sama sy lega. Salahkah?

terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 183.171.162.140

Salam Sdri Leya

Di pihak mana perlu saya berada, di pihak lelaki atau pihak saudari. Di pihak lelaki (suami), mereka akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bercinta lagi walaupun sudah beristeri. Itu fitrahnya. Cuma perlu dipastikan lelaki jenis macam mana dia itu. Jika sekadar hidung belang, usahlah dipercayai cinta yang diberi kerana mereka tidak serius untuk mengambil kekasihnya sebagai isteri yang sah.

Di pihak saudari, pertamanya saya sukar untuk menafikan kejujuran saudari untuk mencintai lelaki itu walaupun dia telah beristeri. Saudari sendiri sudah tahu dugaan dan cabaran malah ketidakpastian akan hubungan berkenaan. Oleh itu, saudari telah bersedia dengan resiko yang bakal dihadapi.

Mengenai kes ini, saya mohon saudari cuba dapatkan kesungguhan dan kepastian (serius) lelaki berkenaan menerima saudari. Adakah sekadar teman pacaran atau seikhlasnya dia mahukan saudari. JIka dia benar-benar mahu bertanggungjawab, bawalah bertemu keluarga dan uruskan perkahwinan yang sah. Itu lebih baik dan lebih selamat.

Tetapi jika dia enggan bertanggungjawab, tidak serius.. usah difikirkan lagi. Tinggalkan lelaki seperti itu. Dia sekadar mahukan madu dan berhibur semata. Kelaknya saudari yang rugi segala; masa dan harga diri. Tinggalkan dia.

Berkaitan kes isteri berpindah ke luar negara dan sebagainya itu adalah faktor sementara sahaja. Ia akan sentiasa berubah dan mungkin dia kembali semula atau boleh jadi rekaan yang diadakan semata-mata. Apa yang penting ialah kedudukan saudari sendiri, sama ada akan terpelihara atau akan terbuang begitu sahaja dipermainkan oleh orang lain.

Dapatkan kepastian daripada lelaki berkenaan. Bawalah bertemu keluarga saudari.

tk



Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA