Nama*: | sya5132 |
Alamat Email: | sya5132@gmail.com |
Tajuk*: | PENCERAIAN TAKLIK 4 BULAN (bahagian 2) |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz..sebelum ini pernah hantar pertanyaan kpd ustaz terima kasih atas jawapan..soalan dahulu sperti dibawah : ******************************* Saya sekarang mengandung 6 bulan anak pertama. Utk pengetahuan ustaz, suami saya ada ketagihan pil penahan sakit (dos dadah yg teramat tinggi), saya dpt mengetahuinya dari sms kwn dia dan terjumpa dalam wallet, dan dia juga turut mengedar pil tersebut.. Disebabkan sy dan anak takut dijangkiti (saya ketika itu dlm keadaan tidak stabil risau dia turut mengambil dadah lain) terpaksa beritahu keluarga kerana perkahwinan kami telah diaturkan oleh mereka, sy tidak begitu mengenali latar belakang suami saya.. Tetapi keluarga pihak saya mengambil langkah menghalau dia dari rumah (saya agak tidak bersetuju dgn langkah yg diambil tapi keadaan saya teramat lemah asyik menangis tidak mampu buat keputusan)...dan ketika suami saya juga bersetuju utk keluar dr rumah kami dan mengaku mengambil pil tersebut (saya dan suami tinggal di rumah keluarga saya).. Setelah hampir 2 bulan lebih berlaku peristiwa itu, suami saya menyepi..saya ada sms beliau dlm 4 kali sepanjang peristiwa tersebut agar kami berpisah dgn cara baik dan saya mohon maaf kepadanya.. tetapi tiada sebarang jawapan. Mungkin dia berdendam wallahualam Keluarga saya mendesak saya tuntut permohonan fasakh tapi saya tidak mahu memalukan beliau lagi..tindakan menghalau sblum ini yg keluarga saya buat pn saya rasa amat bersalah.. (sepanjang perkahwinan kami, setiap malam dia akn keluar bersama kawan dia dan bila tiada simpanan akn meminta duit dr saya). Walau apa pun dia lakukan pd saya dl, saya tetap teringat akan budi baiknya juga..saya tidak sampai hati.. Jadi saya ingin buat tuntutan cerai taklik 4 bulan andai dia tetap menyepi tanpa memberi nafkah zahir n batin. Cuma beberapa kekeliruan di sini :1. Adakah taklik 4 bulan tanpa nafkah zahir n batin akan jatuh ketika hari saya melahirkan anak ini.. 2. Andai saya buat tuntutan di mahkamah utk cerai taklik, boleh saya tidak bagitau kepada umum dia ada ketagihan akan pil penahan sakit..cukup hanya alasan dia abaikan selama 4 bulan 3. Jika alasan kena diberikan kpd mahkamah kenapa keluarga saya menghalau suami saya, adakah saya berdosa mengaibkan suami saya tanpa keredhaan dia ********************************************************* pertanyaan utk kali ini adalah perasaan bersalah..kerana saya dan keluarga saya dituduh oleh keluarganya membuang kerana mereka miskin.. mmg tindakan abg saya agak keterlaluan, dan saya mmg rasa bersalah tp bagaimana mahu buat ustaz.. suami dan keluarganya tetap mengambil langkah menyepi.. dan seolah2 kesalahan anak mereka langsung tidak diambil peduli tapi mereka tuduh saya membuang anak mereka sbb miskin..adakah sy berdosa dlm hal ini ustaz kerna tidak memberi peluang..sbb saya takut ketika itu, tak tahu suami saya ambil ubat apa lagi takut terjangkit pd anak etc.. tuduhan2 mereka membuatkan diri saya terasa tersempit sgt..rasa seolah2 sy pula yg membawa kpd masalah..dan topik yg anak dia bersalah langsung tidak diungkitkan.. saya rasa sedih sgt.. berat sungguh dugaan ini.. apa yg perlu saya lakukan ustaz.. terima kasih..hanya Allah mampu membalas budi ustaz |
File Upload: |
Salam Puan Sha,
Pihak Puan boleh mengadu di Pejabat Kadi setempat. Puan mengetahui suami puan adalah penagih, dan tentunya ia menjadi sebab utama puan menarik diri daripada perkahwinan ini. Pada saya, itulah yang terbaik dan puan berusahalah untuk membina kehidupan baru.
Buatlah aduan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan fasakh, kerana pada kita itu yang terbaik. Puan sendiri sudah tidak sanggup bersuamikan penagih sepertinya, bagaimana mahu lagi dipertahankan rumahtangga seperti ini.
Mengenai perasaan bersalah dan sebagainya, ia bersifat sementara puan perlukan kekuatan dalaman untuk menghadapi situasi seperti ini. Usaha dirisaukan rungutan orang kerana mereka sentiasa melihat kekurangan kita tanpa mahu menilai kekurangan sendiri.
Mohon maaf n tk.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.