Sunday, March 31, 2013


pidah
Alamat Email:
Tajuk*:
jatuhkah talak
Message*:
assalamualaikum ,
pagi tadi saya bertengkar dengan suami.sehingga suami telah mengeluarkan kata "Haram!" kepada saya. Ini adalah disebabkan semalam saya tidak dapat tunaikan permintaannya yang ingin bersetubuh kerana saya tertidur dan esok paginya dia kata saya telah mengungkiri janji. Saya kata padanya saya terlalu penat. Dia kata dia akan balas dendam juga dengan bermaksud tidak akan bersetubuh dengan saya sehingga mengeluarkan kata "haram". Oleh itu bagaimana keadaan kami sebagai suami isteri sekarang adakah haram kami bersetubuh dan adakah telah jatuh talak sudah. Minta penjelasan dari ustaz. Terima kasih.
File Upload:

Visitor IP: 49.124.83.132

Salam Puan Faridah.

Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana tiada lafaz talak/cerai yang dikeluarkan.

Mengenai 'haram', saya tidak dapat jelaskan di sini.. Mungkinkah ia lafaz sumpah atau apa.. (nanti saya cuba carikan jawapannya). tk
 
XXXXXXXXXXXXXXX
 
Puan Pidah,
 
Ini jawapan yang saya dapat tetang 'HARAM' yang disebut oleh suami. (Terima kasih kpd Us Zainudin CITU)
 
Lafaz HARAM oleh suami adalah satu sumpah yang merupakan ilat. Sumpah seperti ini tidak boleh dimain-main. Oleh itu suami perlu menarik balik lafaz sumpah berkenaan berserta membayar kifarah. Kifarah yang ditetapkan ialah
 
1. Membebaskan hamba - memang sudah tidak ada lagi pada masa kini;
2. Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin (secupak beras utk setiap orang) dan boleh juga digantikan dengan pakaian utk 10 orang fakir miskin. ATAU, jika tidak mampu,
3. Kena berpuasa kifarat 3 hari.  
 
Sekiranya suami tidak mahu menarik balik lafaz HARAM-nya, maka puan boleh membuat aduan ke Pejabat Qadi bagi mendapatkan nasihat. Dalam hal ini, Kadi boleh menjatuhkan talak - memisahkan - antara suami isteri.
 
*Jika dalam tempoh lafaz HARAM tidak ditarik balik sedangkan berlaku persetubuhan, maka ia adalah dosa. So, perlulah suami secara lafaznya menyebut untuk menarik balik lafaz HARAM berkenaan serta membayar kifarah.
 
tk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA