Soalan: taklik suami
Nama*: | zai |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | taklik suami |
Message*: | Assalamulaikum....terima ksih krn mnjawab persoaln saya sblum ini tentang lafaz taklik suami saya yg kawin 2 itu..w/bgaimnapun,suami saya brcerai dgn ex-madu saya bukn dsebabkn lafaz taklik suami,tetapi atas sebab lain...jadi,adakah terbatal lafaz taklik suami sekiranya mereka rujuk smla n saya bermadu semula dan berjumpa serta berbaik dgn madu saya..adakah lafaz taklik dulu tu terpakai lagi atau boleh di cancel ataupun mcmana ustaz?....terima kasih |
File Upload: | |
Visitor IP: 103.1.146.12
Puan Zai,
Perceraian yang terjadi akan memutuskan lafaz taklik yang disebut untuk perkahwinan itu. Setelah berkahwin semula, kita buat lagi lafaz taklik... hehe, amacam?
Usahlah bercerai-cerai lagi, tak baik.. berdamai dan settlekan.. ia membahagiakan suami dan isteri juga..
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.