Nama*: | Mohamad |
Alamat Email: | pkkka_duta@hotmail.com |
Tajuk*: | Isteri Merajuk Suami Tertekan |
Message*: | Assalamualaikum. pembetulan alamat email: pkkka_duta@hotmail.com
Assalamualaikum.
Saya
dan isteri telah mendirikan rumah tangga hampir 8 tahun dan dikurniakan 3
cahayamata hasil daripada diperkenalkan oleh seorang emak sepupu isteri. Saya
berkenalan tidak lama iaitu hanya 3 bulan dan terus khawin disebabkan sangat
berkenankan isteri yang berpendidikan agama. Isteri saya lulusan bidang agama
di salah sebuah uneversiti tempatan manakala saya hanyalah lulusan diploma
politeknik sahaja. Setelah khawin barulah saya tahu bahawa isteri saya adalah
anak seorang peniaga yang berjaya di kota bharu. Di sini berlaku jurang yang
jauh antara kami, namun saya sangat sayangkan isteri. Sejak dari khawin sampai
hari ini ada sahaja perselisihan faham. Bila berlaku perselisihan faham isteri
terus merajuk dan susah untuk dipujuk. Apabila isteri merajuk pikiran saya
bercelaru dan risau memikirkan supaya isteri faham bahawa dia sekarang isteri
dan perlu menghormati saya. Apabila isteri merajuk dia seakan-akan tidak
menghormati saya langsung, adalakanya dia keluar rumah, adakalanya dia tidur
bilik lain dan yang saya semacam tidak percaya dia berlatar belakang agama. Dia
sepatutnya boleh memikirkan dosa dan pahala dan saya selalu menasihati isteri
iaitu sekarang dia perlu menghormati saya lebih daripada keluarganya. Namun
setelah selasai merajuknya keadaan kembali normal, isteri kembali hormati saya,
tetapi selang tiga atau empat hari perkara yang sama berlaku lagi. Dalam
keadaan merajuk yang hampir setiap hari itu, fikiran saya sentiasa bercelaru,
kadang-kadang saya pujuk, kadang saya naik marah dan kadang-kadang saya kecewa.
Dalam kekecewaan fikiran tetap bercelaru. Pada suatu hari, isteri saya sedang
merajuk, saya pula dalam keadaan becelaru dan kecewa...(saya juga mempuyai
penyakit tekanan perasaan yang disebabkan mata sebelah kiri saya rabun teruk
dan tidak dapat dibaiki dengan cermin mata). Pada masa tersebut perasaan saya
kecewa dan tertekan sangat-sangat, pelabagai persoalan bermain difikiran
iaitu, mungkin dia nak bercerai kot...mungkin dia benci aku...dan sebagainya.
Dalam keadaan fikiran yang becelaru tersebut terkeluar perkataan yang
difikirkan "kalau dia benci aku baliklah rumah mak ayah dia" selepas
daripada itu baru saya tersedar bahawa apa yang saya fikirkan telah terkeluar
dari mulut saya. Selepas itu saya mengkaji kata-kata saya dengan perasaan yang
risau takut sekiranya talak telah berlaku. Ini kerana saya sangat sayangkan
anak-anak saya yang masih kecil. Jadi saya berharap ustaz dapat memberi
penjelasan yang selanjutnya tentang masalah saya ini. |
File Upload: |
Salam En Muhammad.
Perselisihan dalam rumah tangga adalah lumrah, sama ada teruk atau biasa-biasa sahaja. Dalam kes ini, saya kira sifat isteri sdr sememangnya begitu. Mungkin kerana latar hidupnya yang senang dan mudah menyebabkan dia 'kurang' menghargai apa yang ada.
Tidak apalah tuan, walau apapun, kita tetap sebagai suami dan ketua dalam rumah tangga. Sabar dan tenang adalah perisai kebahagiaannya. Bawalah bertenang dengan perbanyakkan ingati Allah dan selawat, zikir dan istighfar. Lazimi ucapan Alhamdulillah.... Insya Allah dengan cara begini kita dapat mengawal emosi yang tidak stabil dan bercelaru.
Pendidikan agama -ustazah- tidaklah menjamin keelokan akhlak dan perilaku seseorang. Ia banyak bergantung dengan persekiratan yang melingkunginya. Namun ilmu agama itu seharusnya berupaya menimbangtara antara baik dan tidak kepada setiap kita.
Mengenai lafaz 'baliklah rumah mak ayah dia'. ia lafaz yang tidak jelas (ghairi soreh). Oleh itu ia berganung kepada niat suami yang melafazkannya. Jika suami bermaksud balik saja-saja, tidaklah jadi talak. Sebaliknya jika bermaksud CERAI atau TALAK, maka akan jatuhlah talak. Saudara boleh membuat pertimbangan atas apa yang saudara niatkan pada ketika melafazkan perkataan berkenaan.
Wallahuaklam.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.