Nama*: | Syam |
Tajuk*: | Was-was dalam penceraian |
Message*: | Salam ustaz saya ingin bertanyakan sesuatu dan di bawah saya jelaskan situasi saya. Situasi keluar pasaraya Saya, isteri dan anak keluar dari pasaraya.Kebetulan saya dan anak saya keluar terlebih dahulu ke parkir kereta. Semasa berjalan ke parkir kereta, saya bergurau dengan anak saya yang berusia setahun lebih itu dengan mengatakan "papa tinggal mama" sebanyak 3kali. Jadi anak saya pun sedih dan menangis.Setibanya di kereta saya masih bergurau lagi dengan anak sehingga tibanya isteri saya. Situasi dalam kereta Apabila isteri saya menaiki kereta. Dia bertanyakan saya kenapa anak saya menangis Isteri: Papa kenapa raudhah(anak) menangis? Suami : Papa cakap "papa tinggal mama","papa tinggal mama","papa tinggal mama" Isteri: (masih binggung tak faham penjelasan saya) Suami : Papa cakap "papa tinggalkan mama","papa tinggalkan mama","papa tinggalkan mama" Masa saya cakap "papa tinggalkan mama" tu terlintas di hati saya untuk menceraikan isteri saya dan secara tak lansung niat itu terdetik di hati saya atau pun secara tak sengaja jadi terniat. Kemudian saya tersentak dan binggung dengan ucapan saya itu lalu beristigfar. Selang beberapa minit kemudian saya jelaskan kembali kepada isteri saya kenapa anak saya menangis. Suami : Mama, tadi raudhah nangis kan? Isteri: Ye Suami : Papa usik dia, papa cakap "papa tinggal mama" sebab tu dia nangis Isteri: Ooh ingatkan kena apa tadi. Persoalannya Ustaz, Saya binggung ustaz, adakah terjadi penceraian? sedangkan saya bertujuan untuk beri penjelasan mengenai situasi atau pun keadaan kepada isteri saya. Mohon penjelasan sedikit ustaz Untuk pengetahuan ustaz saya berasa was-was dan binggung kerana bila saya cakap tak berniat cerai tapi dah terdetik di hati. Bila bercakap cerai tapi saya tak bermaksud nak menceraikan isteri,saya nak jelaskan keadaan. perkara begini lah yang menganggu hidup orang yang was-was macam saya ni ustaz. |
File Upload: |
Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana tiada niat langsung di situ utk talak.
tk
Visitor IP: 175.145.111.5
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.