Soalan: Talak tak pasti kerana penyakit was was
Nama*: | Udin |
Tajuk*: | Talak tak pasti kerana penyakit was was |
Message*: | Assalam ustaz, maaf entry sebelum ini saya terlupa utk beritahu yg saya seotang berpenyakit was was sgt kronik.
Soalan saya:
Saya bertengkar dengan isteri dan isteri ingin pulang ke rumah ibunya. Kerana tiada kenderaan saya berkata pada dia saya hantar awak balik rumah mak awak yer... Dan ketika itu saya berasa was-was adakah saya kata dengan niat hendak cerai... Kemudian saya ulangi pertanyaan itu "saya hantar awak balik rumah mak awak yer..." niat asal hanyalah hendak hantar dia pulang kerana nak bertenang... Tapi ketika berkata itu saya seolah mengulang ingatan dan berpikir menghantarnya untuk bercerai... Kini saya sendiri tak tahu niat saya kerana saya mulanya hanya untuk menghantar pulang tetapi akibat was was saya seolah berfikir untuk bercerai dan tidak pasti tentang niat saya... |
File Upload: | |
Salam'
Ia tidaklah menjatuhkan talak. Nak talak kena ada kepastian dan niat yang khusus.
Baiki dan ubati penyakit was was. Kena ada keyakinan diri..
tk
Visitor IP: 113.210.131.6
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.