Saturday, December 19, 2015

Soalan: sah tak mandi wajib

Nama*:tini
Tajuk*:sah tak mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nk tanya..
Lepas selesai manda wajib..saya ambil wuduj dan terus solat...


Saya perasan pada kuku ibu jari kaki saya ada setitik kesan coklat...saya tak tahu kesan apa sbb kaki tak ada kena cat,gris,gam dan sebagainya..
Kuku saya dulu pernah kena cagu dan sekarang kuku saya mencengkam..


sebelum mandi, saya ada potong kuku tu..lepas potong baru ada titik coklat tu..

.ketip kuku mmg ada kesan karat pada sebelah dalam..tapi pada tempat pemotong kuku tu tajam dan tidak berkarat..bila saya lihat balik, mustahil boleh kena karat sbb masa potong kuku, kuku tak kena pada bahagian yg berkarat tu..


Sah ke tak mandi wajib saya..perlu ke ulangi mandi wajib semula?
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya jika titik hitam itu tertanam di bawah kulit spt tahi lalat. memadai meratakan air sahaja.

Jika titik itu boleh tertanggal, tanggalkan dan sapukan sahaja air di situ utk memastikah sah mandi wajib tadi.

tk

Visitor IP: 1.9.102.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA