Soalan: jatuh kah talak
Nama*: | maya |
Tajuk*: | jatuh kah talak |
Message*: | dalam satu sms.
suami : Terima kasih,, InsyaAllah kau berhak tentukan haluan kau...
hari iniapa yg kau nak aku akan tunaikan..mintakla aku akan
tunaikan. Aku ada maruah dan harga diri,
isteri : aku x mampujadi isteri yg baikdab bijak apalagi yg solehah...
kau pon x pernah bimbing aku. Kau lepaskan aku.
suami: Jatuh tetap dah jatuh..walaupun abang x lafazkannya
hakikatnya kita x dapat bersama lagi...nanti kita sama pergi JAIM
buat pengaduan.
adakah jatuh talak kerana suami was2 antara rela atau tidak...dan katanya atas niat isteri. mohon penjelasan. terima kasih ustaz |
File Upload: | |
Salam
Saya tak pasti akan keadaan seperti ini sama ada tealh jatuh atau tidak.
Sila bawa kes ini ke pejabat agama untuk dapatkan kepastian.
Saya lebih berat menyatakan ia telah jatuh talak sebab tawaran suami itu disambut oleh isteri untuk diceraikan..
wallahuaklam.
Visitor IP: 60.49.214.110
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.