Soalan: jatuh talak atau tidak
Nama*: | su |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak |
Message*: | assalamualaikum ustaz,saya ada satu kemusykilan yang hendak bertanyakan kepada ustaz..saya ada bergaduh dengan suami tentang keperluan yang masih tiada iaitu rumah..kami selalu bergaduh bab kediaman dan anak..kami berkahwin hampir 5 tahun tetapi masih tiada anak dan rumah..suami tidak ambil endah tentang kediaman untuk saya kerana suami selesa tinggal di rumah emaknya..walaupon rumah itu sangat besar tetapi saya masih tidak merasa selesa seolah2 pergerakkan saya terhad dan terbantut jika hendak melakukan apa sahaja ..walaupon mak dan ayah mertua saya tidak berkata apa2 saya tetap mahukan rumah sendiri..pada satu hari,saya tidak bergaduh dengan suami,akan tetapi saya bertanyakan kepadanya dalam keadaan bersahaja"saya xnak rumah tapi lepaskan saya!suami berkata tanpa sengaja ''dua-dua''suami memang agak kedekut dengan saya kerana dia menyimpan duit tersebut untuk rumah pertama kami..soalannya disini apakah saya telah dijatuhkan talak atau tidak tetapi tiada saksi ketika itu dan kami bercakap dalam keadaan bersahaja..terima kasih ustaz |
File Upload: | |
Salam
Ia tidaklah menjatuhkan talak lagi.
Jawapan suami 'dua-dua' itu tidak jelas bermaksud talak.
*elok dapatkan rumah sendiri ia lebih real untuk menharungi kehidupan berkeluarga.
tk
Visitor IP: 175.141.72.236
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.