Wednesday, December 30, 2015

Soalan: Lafaz taklik

Nama*:Aizat
Tajuk*:Lafaz taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz

Ingin bertanye.

1)Tahun lpas saya ade bergaduh dgn isteri dan terlepas taklik ( kalau lpas kerja terus balik rumah..kalau pg mane tanpa kebenaran saya jatuk talak 1 ingat ea hari ni.

2) saya ckp berulang kali dgn niat mengingatkn beliau

3)saya berbuat demekian supaya isteri saya tidak pergi ke mana.. Bukan utk membuka aib tetapi penah dlu die penah makan ubt yg bnyk dgn maksud lain ealah nk bunuh diri..saya pkir pnjng ustaz..sbb tue saya buat mcm tue.

4) pada hari yang sama jugak saya telah kol isteri dan berkata lpas nie nk pg mane2 pn saya benarkan sampai bile

5) tlng la saya ustaz saya dah rasa was was.. Xnk hidup dlm dosa
File Upload:
Salam

Kebanyakan ulama mengatakan taklik tidak boleh ditarik balik, walaupun ada sebahagian yang mengatakan taklik boleh ditarik balik.

Jika berpegang pada pendapat 'tidak boleh ditarik balik', maka taklik itu kekal hukumnya sampai bila-bila selagi dalam perkahwinan itu.

Saya berpendapat, taklik yang dibatalkan sebelum kesnya terjadi adalah diharuskan.. Wallahuaklam

tk

Visitor IP: 113.210.6.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA