Monday, December 28, 2015

Soalan: Hukum pemberian hadiah.

Nama*:Asme
Tajuk*:Hukum pemberian hadiah.
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya tentang hukum pemberian hadiah kepada agen.

Begini ustaz...Katakan saya ada hasilkan satu produk bernama Produk A...Harga runcit RM100.

Saya buka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk jadi agen (secara percuma) bagi Produk A supaya jualan bertambah laris...Jika agen berjaya buat sale, saya akan bagi komisen RM40.

Untuk rancakkan lagi jualan, saya buka "cabaran agen"...Mana-mana agen yang berjaya hasilkan jualan terbanyak dalam masa sebulan, saya akan berikan hadiah tambahan selain komisen per jualan...Contohnya :

- Top seller = RM1000 cash
- 2nd place = RM500 cash
- 3rd place = RM250 cash

Duit hadiah tu pastinya saya ambil daripada bahagian keuntungan saya RM60 tu.

So pertanyaan saya, adakah dalam Islam dibolehkan saya buat "cabaran agen" macam tu...Sebenarnya ramai usahawan buat macam tu...Tapi baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan cabaran macam tu mengandungi unsur perjudian...Jadi saya agak keliru sebab tiada bayaran dikenakan untuk jadi agen dan tiada bayaran/wang pertaruhan untuk sertai cabaran agen tu.

Mohon pencerahan ustaz.

Terima kasih
File Upload:
Salam

Alhamdulillah dan tahniah kerana menceburi bidang perniagaan.

Hadiah galakan kepada agen adalah dibenarkan pada asalnya.

Cuma jika dijadikan ia sebagai MOTIVASI utama perniagaan, ia kurang wajar kerana akan ada nanti unsur penipuan dan paksaan kepada pelanggan di bawah agen. Agen akan berusaha dengan berbagai cara dan kaedah untuk melariskan produk hingga tidak mustahil adanya unsur penipuan atau 'berlebih lebihan' yang tidak sepatutnya.

Perniagaan elok kiranya sebaiknya dielakkan daripada unsur gharar (penipuan) yang kita sediakan laluannya.

Mohon maaf dan elok saudara bertanyakan ilmuan yang lain. Ini pendapat jahil saya sahaja.

tk

Visitor IP: 124.82.40.16

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA