Wednesday, December 2, 2015

Soalan: Suami hanya menerima isteri kerana anak

Nama*:Reida Aiyda
Tajuk*:Suami hanya menerima isteri kerana anak
Message*:Assalamualaikum Ustaz / Ustazah,

Saya ingin bertanya ttg situasi saya skrg ni..
Saya telah berkahwin pada 3 thn lps dan punyai sorang anak berusia 2thn skrg ni.. Semasa seminggu selps majlis perkahwinan saya 3thn lepas, suami dapat tahu sy ada menjalin hubungan dengan seorang lelaki sblm kami berkahwin ttp ape yang sy hendak nyatakan di sini adlh hanya hubungan rapat. Pada saya ianya adlh mgkin dugaan semasa kami dlm tempoh pertunangan.

Selepas suami mendapat tahu, segalanya berubah.. dia tidak dpt memaafkan saya dan mengaanggap saya sudah memusnahkan hari bahagia kami. Perkahwinan kami di awalnye sangat2 teruk. Kami tidak dpt menikmati nikmat perkahwinan spt psgn lain. Kami bergaduh apabila suami tidak henti2 mengungkit kesalahan sy. Sampailah sy disahkan mengandung, pun suami masih dingin terhadap sy. Saya dah pun bertaubat &; memohon ampun dr suami sy ttp suami sy pula jauh disudut hatinya masih tidak boleh memaafkan saya.

Sehingga ke hari ini, jika kami beraduh kecil, suami akan terus mengungkit dan mengatakan "Ko ingat sikit sejarah kau! Aku terima kau selamani hanya sebab anak je" . Saya rasa sangat sedih & tertekan. Seolah2 saya hanya menumpang kasih pd anak utk menumpang kasih suami saya. Setiap kali sy teringat ape yg suami saya kata itu, sy mesti akan mengalirkan air mata. menyesal dengan segala kesilapan lalu. Anniversary kami tidak spt org lain. Pd suami sy, anniversary kami adalah hari terburuk dlm hidupnya. Macam mana saya nk buat Ustaz/Ustazah?

Malam tadi semasa suami kerja malam, sy tiba2 mendapat kekuatan utk menghantar whatsapp pd suami memberitahu ape yg saya rasa selama ini. Suami menyatakan bhw dia masih mencari saya yg dulu. Dia ckp sy dah xmcm dulu..layanan saya pun dah xmcm dulu.. Ttp bagaimana saya nk jadi spt dulu sdgkan saya berasa terlalu asing di dalam rumah sy sndiri. Saya berasa takut, malu utk bermanja dgn suami saya sndiri. Saya xtahu dimana, bagaimana letaknya kehidupan saya skrg. Luaran Nampak seperti ok tapi sbnrnye ada yg tidak selesai lagi antara kami. Letih utk saya menyatakan pd suami syaa betapa saya sudah mengabdikan diri pd keluarga. Betapa saya sudah menjalankan tanggungjawab sy sbg isteri & ibu sepenuhnya. Ttp jika suami masih tidak boleh mamaafkan saya seikhlasnya, saya terbuka utk membenarkan suami saya bekahwin lin sekiranya ada wanita yg boleh membahgiakan suami saya utk suami saya menikmati nikmat anniversary itu.

Saya tidak tahu smpai bila kami akan berkeadaan begini. Saya sekrg mengandung anak ke2. Ttp saya rasa spt kehidupan saya sia2. Hanya anak memberi kekuatan pd saya. Apa yang perlu saya buat ye Ustaz/Ustazah.
Apakah hukumnya suami sy menyatakan bhw dia hanya menerima saya sbb anak sahaja.?

Wassalam...
File Upload:
Salam

Suami puan ini seorang yang terlalu pendendam. Cuba dapatkan maklumat hubungan sulitnya dengan orang lain, mesti ada punya.. Dengan sedikit maklumat hubungan sulitnya itu, puan boleh jadikan hujahan bertapa teruknya puan terseksa..

Op.. maaf, saya nak ajar benda yg tak elok pula.. Tetapi mengenangkan dendam suami yang tiada kesudahan, elok diajarkan sedikit suami yang seperti itu.

Sepatutnya suami kena faham hubungan sebelum berkahwin dengan kawan-kawan itu adalah perkara lumrah. DI manapun manusia itu bercinta, sejak sekolah rendah hingga ke universiti.. tetapi pilihan terakhir adalah isteri yang ada di hadapan mata. Kisah silam usahlah diungkit atau dijadikan helah untuk menutup kelemahan diri.

Puan kena ajarkan sedikit perkara ini kepada suami puan yang tak pernah mahu mengerti dan mahu bersyukur.

tk
Visitor IP: 175.139.217.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA