Thursday, December 10, 2015

Soalan: lafaz cerai

Nama*:nasz
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam.
7 bulan yang lalu saya telah lafazkan cerai terhadap isteri di hadapan keluarga kerana dia bertindak mengusir ibu saya dari rumah.
sejak dari itu saya keluar dari rumah dan hanya datang seminggu sekali untuk beri duit belanja kepada anak-anak.semua tanggungjawab saya sebagai suami dan ketua keluarga saya jalankan kecuali memberi nafkah batin kepada isteri.
persoalannya disini adakah penceraian kami sah dari segi agama??
saya sudah memujuk isteri untuk merujuk perkara ini di pejabat agama yang berdekatan tapi dia menolak dan berkeras.saya tidak mahu keadaan kami berterusan dingin seperti ini.saya mempertahankan tumah tangga kami ini hanya kerana anak-anak.keserasian kami sebagai suami isteri tiada lagi.selama ini isteri tidak menghormati saya sebagai suami dan ibu saya sebagai mertuanya.isteri selalu membandingkan saya dengan kawan-kawan saya yang lebih berduit daripada saya.isteri selalu merungut kerana apa yang diinginkannya tidak dapat saya belikan kerana kewangan yang tidak stabil.
tolong beri penjelasan dan cadangan yang sebaiknya sama ada perlukah bercerai atau sebaliknya.
File Upload:
Salam

Jika benar saudara telah melafazkan cerai, maka terjadilah talak dan saudara bukan lagi suami isteri. Nafkah zahir itu betul kerana itu kewajipan bapa kepada anak-anak.. nafkah batin tak bolehlah sebab dia bukan isteri saudara lagi...

SIla bawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan status perceraian...

tk

Visitor IP: 1.32.70.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA