Soalan: Ingin tahu
Nama*: | Osman |
Tajuk*: | Ingin tahu |
Message*: | 1..Salam ustaz apakah hukum jika ade org tny tu isteri awak ke??tp suami dia menjawab bukan. (Gurau) .adakah jatuh talak??
2..Sy jd ragu2 kerana semasa sy menontom movie,ade la sarikata berbungi she is not my wife..sy bc dlm hati je..mcm lidah mcm nak bergerak sendiri utk sebut dengan lidah..sy jd rs takut..selalu sangat datang dorongan suroh sebut balik dan bayangkan name isteri tp sy tahan dgn ttp rapat mulut..x dengar ape2 pon tp rs ragu2..sy yakin x sebut cuma sy nk tau jwpan utk soalan no1..minta maaf ustaz |
File Upload: | |
Salam
1. Ia tak jatuh talak..
2. Sebut tanpa niat utk cerai dan tidak pula ditujukan kepada isteri tidaklah menjatuhkan talak... Jika ada lintasan, cepat cepat nafikan..
tk
Visitor IP: 60.49.65.30
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.