Soalan: Jatuh Kah Talak kepada isteri ?
Nama*: | Az & Al |
Tajuk*: | Jatuh Kah Talak kepada isteri ? |
Message*: | As Salam Ustaz ,
Saya ingin mendapat kepastian jika perbuatan & perbualan saya dan Suami saya , telah menyebabkan Kami jatuh Talak.
Suami saya Pernah berkata "if u ckp I Dayus lagi , I Akan bagi ape yg u nak (cerai)" - ayat ini di Lafaz sewaktu Kami dalam keadaan baik ,& sebulan sebelum ...
Semalam Ade pertengkaran yg berlaku Kami Suami isteri ... Suami saya telah berkata di dalam what's app
"I ni lelaki paling dayus kt mata u skg & Tu sume bkn ciri2 lelaki dayus ke?"
Dan saya menjawab
"I mean the whole I ckp Kat atas , is about u Tak adil, But if u want to conclude that as 'I ckp u Dayus'" I Terima"
Jatuh ke Talak Kami dalam perbualan Dan perbuatan Kami ? Suami masih Belum melafaz kan Talak kepada Saya & saya dalam keadaan tidak suci Semalam sewaktu pergaduhan Itu( saya baca ia waktu haram untuk Lafaz - Tapi Kami lebih kepada perbuatan dalam message) |
File Upload: | |
Salam
Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak taklik kerana puan tidak secara langsung menyebutnya dayus.
tk
Visitor IP: 113.210.5.251
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.