Soalan: halau
Nama*: | aliz |
Tajuk*: | halau |
Message*: | sabtu lepas sy ada bergaduh ngn suami dan suami mengatakan 'pergi la blik semenanjung.. tak nk balik sini pn xpe..
ADAKAH JATUH ATAU SEBALIK NYE
dan pasal niat,.. sekiranya dalam hati die mengatakan YA apa yang dikatakan td dan mengatakan TIDAK pada mulut (hati dan mulut jawapan tidak sama).. Apa kesan pada kata2 beliau.. |
File Upload: | |
Salam
Ia adalah ucapan kinayah utk cerai. Suami kena ada niat untuk ceraikan isteri ketika lafaz itu disebut, baharulah terjadinya talak. Jika dia tiada niat cerai, masih selamat pernikahan ini.
tk
Visitor IP: 210.186.59.166
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.