Friday, December 11, 2015

Soalan: Sah atau Tidak

Nama*:Lisabella
Tajuk*:Sah atau Tidak
Message*:Salam Ustaz.

Saya Lisa dari Sg Buloh. 22 tahun .Baru sahaja berkahwin kurang daripada 2 bulan. Alhamdulilah saya telah hamil hampir 5 minggu kini.

Soalan saya atau tidak jika suami saya melafazkan AKU AKAN CERAIKAN KAU DEPAN MAK KAU KEJAP LAGI . Pada masa itu saya dan suami lagi 5 minit utk tiba di rumah mak saya . Lepas beberapa minit berkata macam tu..dia cakap semula sebelum berjumpa dengan mak saya.. ;Abg tarik balik kata2 tadi..abg beremosi' .

Utk pengetahuan ustaz,suami saya seorang yg bertanggungjawab,setia dan baik melayan saya. Cuma ada ketikanya bila saya mula membuat dia marah secara tidak sengaja dia mula menyebut perkataan cerai utk menakutkan saya supaya saya insaf dan mintak maaf padanya.

Soalan saya,sah atau tidak ungkapan tu.
Hati saya tak tenang dan byk perkara terganggu kerana risau kami berdua dikira berzina sekira bersetubuh dn akan menyesal kemudian hari jika tak tau tentang ini.

Terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Oleh kerana ia lafaz yang akan datang (AKAN CERAIKAN..) maka tidaklah terjadinya talak lagi. Ketika di hadapan ibu pun, suami tidak melafazkan cerai, so tidaklah terjadi talak.

Nasihatilah suami supaya jangan mudah sebut cerai dan talak. ia mudah terjadi..
tk


Visitor IP: 175.139.173.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA