Wednesday, December 9, 2015

Soalan: talak

Nama*:farid
Tajuk*:talak
Message*:Assamualaikum ustaz..sy ingin bertanya..isteri sy nie x bole terima keluarga sy walau sudah hampir 20 thn berkahwin...dan sy mendapat thu isteri sy ade mengunakan ilmu guna2 pd sy...keluarga sy meminta sy meninggalkan isteri sy...bt pengetahuan ustaz..sy telah bernikah 1 lg...isteri ke2 sy tau perangai isteri pertama sy...pernah isteri kedua sy bertanya pd sy jika isteri bt mcm terhadap kami..sy jawab..klu die bt..abg ceraikan die...jatuh k talak sy begitu..klu isteri pertama memang bt untuk meruntuhkan rumahtgga ke2 sy...patut k sy mengikut perintah ibubapa sy untuk..meninggalkan die...
File Upload:
Salam

Suami adalah ketua dalam rumah tangga. Suami seharusnya berupaya mendidik dan memberi ajaran agama kepada isteri. Isteri yang faham agama, yang reti dosa dan pahala mereka akan taat kepada suami, mereka akan hormati suami dan ahli keluarga. Oleh kerana suami gagal mengasuh nilai keagamaan sebaiknya, maka isteri terpengaruh dengan ilmu hitam dan amalan kurafat yang lain.

Bimbinglah isteri saudara ke arah jalan yang Allah redai. Bawalah dia belajar dan beramal dengan amal islami. Orang yang beramal soleh dia akan segera meninggalkan perkara keji dan maksiat (syirik). Bawalah dia bertaubat...kasihan kepada dosa yang dilakukan selama ini. Suami punyai tanggungjawab untuk merubahnya..

Jika dia gagal diubah, dididik, itu mungkin ada benarnya suami mahu menceraikan isteri. Cerai hanya akan terjadi dengan sebutan yang jelas dan terang;aku ceraikan kau... sekdar sebut; nak cerai, nak cerai, ia tidak jadi cerai lagi.

tk

Visitor IP: 123.136.106.232

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA