Soalan: , RAGU - RAGU
Nama*: | WANIE |
Tajuk*: | , RAGU - RAGU |
Message*: | , tempoh hari saya ada bertanya ustaz , soalan WAS WAS TENTANG CERAI ATAU TIDAK dan BERGADUH BERSAMA SUAMI , ustaz membalas bahawa tidak jatuh talak sebab suami ayat nye tergatung bila die berkata "BERKATA JANGAN SAMPAI AKU CERAIKAN KAU " dan "KAU NAK AKU HANTAR BALIK RUMAH MAK KAU KE " bagi saya dan suami kami masih sah suami isteri ,tetapi ade yg berkata ayat macam tue dah jatuh talak , ada juga berkta jatuh talak 1 tapi suami tanpa niat dan die hanya bertanya , jatuh juga ke ustaz talak nye ?? Saya ragu2 , mohon ustaz perjelas kan dengan sejelas2 nye boleh ?? saya pon ada berkata pada suami mlm tu dalam keadaan terkanan dan emosi sgt , "AKU TAHU AKU TAK DAPAT BERI ANAK " dan " KAU PERGI NAK SANGAT HIDUP TANPA AKU" selepas itu suami terus memeluk dan mencium dahi saya , dia berkata "HUBBY XDE NIAT NAK CAKAP MACAM TU SAYANG "dan saya pon terus memeluk nya juga.. perjelaskan ustaz.. |
File Upload: | |
Ok..tak terjadi talak.. bagus la tu berbaik semula..
tk
Visitor IP: 113.210.5.248
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.