Saturday, December 26, 2015

Soalan: Masalah dengan suami

Nama*:Laili Luqman
Tajuk*:Masalah dengan suami
Message*:Assaalamualaikum,
Selama 18tahun saya berkahwin suami tidak mahu memberi nafkah kepada saya dengan cara yang sepatutnya. Dia mahu saya solat tetapi tidak PERNAH membelikan telekung. Dia mahu saya menutup aurat tetapi tidak mahu mengeluarkan wang utk saya membeli pakaian yang sempurna. Semasa saya bekerja dia sering berkata "awak pakai duit awak dulu untuk bli barang dapur dan nanti saya bayar" tetapi dia tidak membayarnya. Perbuatannya itu membuatkan saya tidak ada langsung wang simpanan. Apabila saya sudah tidak bekerja pula dia sangat kedekut memberi nafkah pada saya dan anak. Saya tahu dia mempunyai duit tetapi dia tidak akan bagi. Bila saya minta sedikit duit untuk membeli barang keperluan saya seperti pencuci muka atau shampu pun dia tak nak bagi. Bila dia ajak pindah duduk dekat dengan keluarga dia saya setuju saja. Tetapi selepas itu dia tak mau kerja. Dia tidur hingga dekat tengahari. bila saya kejutkan suruh cari kerja pula, dia marah dan terus pergi rumah mak dia sambung tidur. Petang dalam pukul 4 atau 5 baru dia balik bawa lauk sikit untuk saya dan anak-anak makan. Hati saya betul-betul remuk dengan perbuatannya. Bukan itu saja, dia banyak mengganggu emosi anak sulung saya. Dia selalu mengeluarkan perkataan yang tidak baik pada anak saya. Dia juga tidak mempedulikan tentang keselamatan. Dia bawa anak saya yang baru berumur 3tahun naik motosikal tetapi anak saya duduk di belakang dan hanya dapat memeluknya sedikit sahaja. Saya sangat kesal dengan sikapnya. Dia tidak pernah mengaku salahnya dan sentiasa mencari kesalahan saya.Dia juga pernah meninggalkan saya dan anak-anak tanpa duit dan juga makanan dirumah sedangkan masa tu dia mempunyai wang. Bila dia pulang dia marah saya pula bila saya minta duit untuk bli makan. Soal menyakiti saya pula lain. Saya telah berkahwin selama 18thn. Tetapi sudah 3thn saya tidak bersama dengan suami kerana suami selalu menyakitkan kemaluan saya. Saya telah banyak kali memberitahu kepada suami tentang perbuatannya itu tetapi tidak di endahkan. Hampir setiap kali bersama dia akan menyebabkan kemaluan saya terkoyak hingga kadang-kadang hingga berdarah. Sehingga satu tahap saya trauma utk bersama dengannya. Suami saya tidaklah mengasari saya tetapi setiap kali bersama dia menggunakan tangan utk memegang alat sulitnya kerana dia seperti sudah mati pucuk. Setiap kali saya memberitahunya dia akan berkata tidak sengaja. Kalau tak sengaja tak kan setiap kali bersama jadi macam tu. Sekarang ni dah 2tahun saya tinggalkan suami kerana takut emosi saya dan anak2 akan lebih terganggu. Saya sudah tidak boleh bersamanya. Saya sangat tertekan bila memikirkan dia tidak memberi nafkah zahir batin pada saya dengan cara yang sepatutnya, cara dia mengganggu emosi anak2, tidak mengutamakan keselamatan kami sekeluarga dan juga sering menganggap dirinya seperti uztaz yang tahu semuanya tentang agama. Saya takut dosa saya akan terlalu banyak jika bersamanya kerana sakit hati. Jadi saya minta dia melepaskan saya tetapi dia enggan. Bolehkah saya menuntut cerai taklik? Kerana taklik berbunyi "dengan ini bertaklik iaitu manakala saya meninggalkan isteri saya selama 4bulan berturut-turut atau lebih, sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa tersebut, padahal dia taatkan saya, atau saya melakukan sebarang perkara yang menyakiti tubuh badannya atau kehormatan dirinya atau harta bendanya atau sebagainya, kemudian dia mengadu kepada mana-mana kadhi atau mahkamah syariah dan thabit aduannya kepada kadhi atau mahkamah syariah maka pada ketika itu tertalak isteriku----dengan satu talak". Adakah sentiasa menyakit kemaluan saya itu dikira sebagai menyakitkan tubuh badan? kerana didalam taklik tidak mengatakan " DENGAN SENGAJA MENYAKITI TUBUH BADANNYA" hanya tertulis melakukan sebarang perkara yang menyakiti tubuh badannya. Atau sekiranya saya ingin membuat tebus talak, boleh tak dengan cara menolak semua hutang-hutangnya semasa saya bekerja dan juga nafkah saya yang dia tidak pernah bagi?
File Upload:
Salam

Puan,jika puan sudah membuat keputusan bahawa perpisahan itu adalah lebih baik, maka eloklah puan menuntut cerai daripada suami. Perkara ini boleh dibawa ke mahkamah bagi pertimbangan dan pembelaan kepada puan.

Sudah 18 tahun berkahwin, tentunya puan perlukan kebebasan dan keadilan. Bawalah kes ini ke mahkamah.

tk


Visitor IP: 14.1.198.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA