Wednesday, December 9, 2015

Soalan: suami tidak bertanggung jawap

Nama*:sue
Tajuk*:suami tidak bertanggung jawap
Message*:assalamualaikum ustaz, sy ingin kan sedikit pendapat jika ustaz berkelapangan membalas nya.
saya sorg isteri yg derhaka ustaz, ya! sy mengaku, sy suka memaki hamun, ckp kasar, selalu mengungkit, mendesak dan mengaitkan ibu bapa nya sekali dalam makian sy tu krana marahkan perangainya.
Suami pula seorg kaki judi mesen (rolex) suka berhutang ahlong kawan2, sudah berpuluh ribu duit ibu bapanya habis kerna membaya hutgnya, mak bapak nya sgt memanjakan nya degn duit, mintk sj berapa mudah sj mak nya bagi. (bapanya tidak bersetuju dgn mak yg slalu bg anak nya duit)nama sy black list perpuluh ribu dsbbkan suami. kereta sy juga pernh di curi dn di gadai, brg kemas sy juga, dia juga suka menipu, malas berkerja, (sekarg pemandu teksi), derhaka pd ibu bapanya, tidak solat dan tidak bertanggungjawab bagi nafkah yg cukup dan berterusan. masa berkahwin Dlm sebulan tu mesti ada tk balik umah seminggu 2 atau lebih selagi a sy tidak merayu mengemis atau memujuk nya balik ke rumh *mempunyai ego yg sgt2 tinggi. Tp sy masih juga sayang dan kasih kan nya……………………..
Ni kali ke 2 kami berkahwin. (ada nak lelaki skrg umur 10 thn sblum cerai) Sebelum ni kami bercerai talak 3 selama 7 tahun. Tp kami masih bersama seperti suami isteri (tp tidak tggal bersama) dlm masa 7 tahun cerai tidak sekali pun nafkah anak diberi. Malah sy yg menanggung nya juga.
Selepas berkhwin dgn kawan nya (cina buta) dan "bersama sekali shj" , selepas 2 bulan kami brcerai Dan leps iddah kami brkahwin semula walau mndpat tentangan hebat dr keluarga sy. (prkhwinan pertama dulu juga kluarga tidak suka)
Seleps 1 thn lebih berkhwin semula, kami mndpt anak perumpuan (kini 10 bulan) dan sekarg suami sudah tidak pulg kerumah lgsung sudah 1 bulan lebih krn ada pertelingkahan sedikit. Sy call msj sume tidak berjawap, malah dia juga tidk pedulik dgn pnggilan mahu pon msj dr mak bapak nya yg banyakkkk bersusap payah krn hutg dan masalh hidup anaknya itu.
Sekrg sy sudah penat, sudah tawar hati dalam merayu dan menunggu suami pulang, seleps sebulan mnuggu, sy tuka semua kunci rumah,sy sedg mncari penyewa bilik untk kurgkn beban sy. Kern suami lnsg tknk bg nafkah anak & pd sy.. Dengn ujian ini sy sedar semua ini dr dosa2 sy dr dulu smpai sekrg, sy bnyak berdosa pd semua org sekeliling dan terutama nya pd tuhan, kini sy mulai cukupkn solat di awal 5 waktu sehari,bertaubat, bnykn berzikir, buat perkara sunat yg termampu. Bersedekah walau sy susah sekrg, alhamdulillahh sy tenang tidak mudah marah2 lg, tidak maki hamun, tidak mencarut, belajar bersabar dlm apa perkara pon, sy sgt lain sekrg…
walau trkdg masih ingat pd suami bila trpndang anak yg masih kecil ditinggalkan begitu shja, sy cepat beristifar igt Allah mintk tuhan kuat kn hati sy, dan Alhamdulillah Keluarga sy juga banyakkkk sgt membantu,
tapi kini sy buntu sama ada sy nk terus menuggu atau meminta fasak dr makamah. Sbb sy juga isteri derhaka, sy selalu menyalahkan diri sy mgkin ini brlaku krn mulut jahat sy? Adkah sy punca suami jd begitu, sy tk tahu nak buat apa sekrg.. menunggu suami berubah? Atau mencari haluan sndri? Tp mampukah sy? Anak2 sy mcm mana tiada berbapa nanti.. apa yg harus sy lakukan ustaz.
File Upload:
Salam

Puan, dugaan ini berat untuk puan sekeluarga. Kelemahan diri sudah ditangani sebaiknya, itu adalah satu kemenangan buat puan.

Kembali kepada Allah jalan pertama untuk berubah. Mengakui keimanan yang tinggi kepada Allah adalah kejayaan besar dalam diri puan.Tahniah.

Pada saya, jika suami berkeadaan buruk seperti itu, tentunya ada punca awalnya. Didikan ibu bapa mungkin menjadi punca kenapa dia bersikap seperti itu.

Jika puan masih boleh menerimanya kembali, eloklah begitu. Terima dia kembali dan jika ada ruang, bawalah dia ke jalan Allah. Manusia yang tidak bertanggungjawab berpunca daripada hilangnya TUHAN dalam dirinya. Jika dia bertuhan, beriman dan beramal, dia akan jadi manusia yang baik. Sebaliknya jika TUHAN itu semudah itu dipersiakan, dia akan lupa tangungjawabnya kepada diri, keluarga dan agama.

Sebaliknya jika puan berputus harap akan perubahan dirinya, puan berhak untuk membuat tuntutan fasakah di Mahkamah. Pengabaian suami akan tanggungjawabnya sudah sekian lama terjadi, dan puan punyai hak untuk membela diri.

Bertindaklah atas rasa hati yang yakin dan pasti.

tk

Visitor IP: 202.188.75.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA