Sunday, December 27, 2015

Soalan: Rumah Tangga

Nama*:lee
Tajuk*:Rumah Tangga
Message*:Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan isu rumah tangga saya, isteri dan ibu saya. Saya dan isteri telah berkahwin hampir 2 tahun. Saya dan isteri tinggal dirumah ibu saya selepas berkahwin. Ibu saya seorang ibu tunggal yang kematian suami dan saya mempunyai dua orang adik perempuan yang sudah bekerja. Kami tinggal rumah yang sama.

Setiap hari saya dan isteri akan bangun awal pagi utk ke tempat kerja yang mengambil masa 30 minit utk saya. Manakala isteri mengambil masa kurang dari dua jam utk ketempat kerja. Perjalanan isteri bergantung pada perkhidmatan awam (ERL train) dan perlu sampai sebelum pukul 720 pagi. Jika dikira setiap hari dia akan mengambil masa kurang dari 4jam.

Saya dan isteri telah pun membeli rumah berdekatan dengan tempat kerja kami, tanpa memberitahu ibu dan adik yang kami telah membeli rumah. Saya merahsiakan perkara ini kerana saya ingin memberitahunya pada masa yang sesuai.

Apabila, sudah diberitahu ibu dan adik2 tidak setuju kerana mereka mengharapkan saya sebagai seorang anak lelaki tunggal yang akan menjaga keluarga. Ibu berpegang pada janji saya selepas kematian arwah ayah saya. Saya akan menjaga mereka.


Saya tidak berniat untuk mengabaikan tanggungjawab saya. Sepanjang saya dan isteri duduk dirumah ibu saya. Isteri mempunyai masalah dengan keluarga saya ( Ibu dan Adik2 ). Sering berlaku perselisihan faham sebagai contoh ibu terasa hati sebab isteri tidak makan masakan yang dimasak kerana isteri keletihan. Saya sudah bagi tahu tapi timbul lain2 masalah yang byk utk diceritakan. isteri berasa tidak selesa. Sebab itu saya mencari rumah yang sendiri kerana saya khuatir akan ada masalah yang timbul lagi.


Perjalanan dari rumah saya ke rumah ibu mengambil masa 20 - 30 minit. Adakah salah tindakan saya ini? Saya ada mendapatkan nasihat daripada kawan2, ibu sedara dan juga membaca beberapa artikel tentang permasalahan ini. Secara keseluruhannya menjurus agar berpindah bagi mengelakkan terjadi perselisihan faham ini. Saya sudah kebinggungan, memikirkan masalah ini. apakah yang saya perlu buat? Sekian, Terima kasih. Moga ada nasihat dan tunjuk ajar.
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, tindakan saudara membeli rumah dan membantu isteri dalam urusan kerjaya, adalah langkah bijak.

Saya cadangkan saudara berpindahlah ke rumah sendiri yg tentunya lebih selesa dan mendamaikan isteri..

Yakinkanlah ibu saudara bahawa perpindahan itu bukanlah untuk mengabaikan mereka. Lagipun ia tidaklah terlalu jauh untuk saudara menziarahi mereka.

Mendiami rumah sendiri jauh lebih baik menumpang keluarga...

tk

Visitor IP: 218.111.124.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA