Nama*: | safina |
Tajuk*: | jatuh talak @ tidak |
Message*: | Assalammualaikum ustaz... Saya nak tanya tentang lafaz cerai. Saya ada bergaduh dgn suami..saya lari tidur diluar bilik... Suami marah dan berkata "kau nak ke aku cakap".. Suami cakap macam tu secara berulang kali... Kemudian, suami tanya lagi "nak ke aku cakap , atau nak aku taip mesej".. Saya hanya diam tanpa jawab apa apa hanya menangis tersedu sedu... Saya tahu maksud suami..dia nak cakap yg die nak ceraikan saya..cuma dia tak lafaz lagi dan hanya ugut saya je... Tapikan ustaz, saya memang tak ada dengar dia lafaz... Situasi tersebut tu boleh jatuh talak ke ustaz? Kemudian dlm 10minit lepas bertengkar, suami ada pujuk saya.. Saya tanya suami, kenapa ugut saya nak cakap benda tu... Suami pun jawab "ugut cakap apa'... Saya tahu dia saja buat buat tak tahu... Saya pun tanya suami "entah entah abg dah lafaz kot, dah cakap kot, manalah tahu masa tengah2 marah tu abg lafaz sorang2 ke, saya tak dengar...benda tu abang jgn buat main..abang dah ugut maknanya abg memang ada niat / berniat ke arah itu. Suami saya jawab : mana ada abang cakap/lafaz...mana ada abg cakap/lafaz seorang diri... Suami saya menafikan semua pertanyaan & tekaan saya.. Soalan saya kpd ustaz : situasi ni boleh menjatuhkan talak ke? Harap ustaz dapat membantu & memberi pandangan ustaz |
File Upload: |
Situasi pertama di atas itu tidaklah menjatuhkan talak kerana suami mengugut puan pada ketika itu.
Setelah dipujuk, ternyata suami tiada niat nak cerai.. so selamat.. tk
Visitor IP: 203.106.159.41
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.