Tuesday, March 31, 2015

Soalan: was2 taklik dgn cerai

Nama*:enie
Tajuk*:was2 taklik dgn cerai
Message*:Assmlkm..sy telah bergduh dgn suami melalui sms..dlm sms suami mengeluarkn kata2 kesat pd sy..sy pn membalas dgn blik kata2 kesat pd suami sbb sy trlalu sakit hati..last2 suami sms " KITA CERAI NOK" sy jawab" MEMANG AKU NOK CERAI"..persoalanya, adakah sy telah di ceraikn ata talak telah jatuh pd sy..
Soalan 2..suami sy kerap ulang alik rmh bkas isteri nya..cara dia tu buat sy marah n tak senang dduk..kami kerap brgaduh pasal tu..akhirnya suami bjanji tak nk ulang alik lg umh bks istri dia tp sy tak percaya..last2 dia bertalik pd diri dia sndri, klu dia bebas keluar msuk rmh bks istri dia, antara dia dgn sy sudh tiada apa2 hbungan..prsoalanya, adakh talik itu akan jatuh klau dia tetap prgi rmh bkas istri dia..trm ksih
File Upload:
Salam

Puan, kalau beli barang di kedai, tak semestinya penjual sahaja cakap, aku jual.. dan pembeli cakap aku beli.. tetapi boleh juga pembeli yg cakap dulu, aku beli barang..

Pada pendapat saya, tawaran suami untuk cerai itu dan disambut penerimaan oleh isteri menjadikan talak telah jatuh, jatuh satu talak...

Jika itu lafaz taklik suami, jika suami masih lagi pergi ke rumah bekas isterinya, maka jatuhlah talak satu dengan sebab taklik berkenaan.

tk

(dah berapa kali jatuh talak ni?)

Visitor IP: 113.210.128.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA