Thursday, March 12, 2015

Soalan: mertua n menantu

Nama*:syafiqah
Tajuk*:mertua n menantu
Message*:Salam. Saya dah berkahwin n tinggal dgn mertua. Semasa saya berada dalam pantang kerana melahirkan anak, saya tidur di dalam bilik. Suami tidur di dalam bilik juga. Masalah saya di sini ialah pagi2 ibu mertua selalu membuka pintu bilik untuk mngejut suami saya bangun bekerja. Sedangkan saya isterinye ade dan boleh mengejut suami saya sendiri. Dari awal perkahwinan, ibu mertua selalu masuk dalam bilik dan mengambil baju kotor kami utk dibasuh. Saya berasa tidak senang di sini. Apakah ini dinamakan campur tangan mertua? Kerana saya rasa ini kehidupan kami, tanggungjawab kami. Dan saya rasa ibu mertua seolah2 tak boleh terima yang anak lelakinya telah berkahwin.
File Upload:
Salam

Puan, bertuah puan dapat mertua yang sebaik itu untuk menjaga anaknya dan puan juga..

Kira OK la tu.. mertua kejutkan anak bangun pagi.. cuma kena kunci bilik tu.. takut ada yang terkantoi..

mak mertua nak basuh baju, nak masak.. berilah dia buat, tetapi sebagai isteri, kena tolong juga.

Jika puan tak senang juga, boleh berbincang dng suami, mungkin dia suka sebegitu pada mulanya, sebelum idea puan diasak untuk diterima olehnya.. its take time..

tk

Visitor IP: 113.210.130.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA