Sunday, March 8, 2015

Soalan: keliru...

Nama*:man
Tajuk*:keliru...
Message*:saya keliru tentang was was berniat atau hanya lintasan... adakah dah jatuh talak.... 4.5 tahun lepas saya ada berchatting.. dan menngaku dah bercerai...

tapi pada masa itu saya tak tahu dan tidak ada faham tentang talak... baru baru ni bila dah faham... saya timbul keraguan adakah dulu saya berniat mencerai isteri ker tidak jadi perasaan itu berbolak balik setiap hari ... bila saya menafi tak berniat cerai .. hati saya seolah seolah sakit tak boleh terima penafian itu... perkara ini berulang setiap hari...setiap kali pernafian setiap kalilah hati saya sakit
bila saya membenarkan perkara tu .. hati terus rasa menerima .. rasa sedih dan jiwa saya jadi kosong... hilang gangguan yang bertali arus dlam jiwa saya..

masa saya menaip mengaku dah bercerai .. saya terbyangkan seolah saya dan isteri dah bercerai...timbul konflik dalam diri saya.. adakah saya berniat masa tu...

ustaz
adakah saya dah jatuh talak...
kalau jatuh bagaimana .. adakah masa sekarang atau megikut apa yang saya tulis hari tu...

minta pencerahan aripada pada ustaz ... saya benar benar keliru...

tk
File Upload:

Salam

Oleh kerana tiada lafaz yang jelas untuk menyatakan cerai, dan saudara sendiri tidak pastikan sebutan cerai atau tidak, maka kita kembali kepada hukum asalnya iaitu ia tidak cerai lagi.

Dalam kes ini, ia tidak dikira cerai..

tk


Visitor IP: 122.129.122.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA