Saturday, March 28, 2015

Soalan: jatuh tak talak

Nama*:ieza
Tajuk*:jatuh tak talak
Message*:Assalamualaikum ustaz saya ada dua soalan..
1. Tahun 2011 sy pernah bergaduh dgn suami sehingga suami kata klau kau kluar dari pintu nie jatuh la talak 1. Keesokan harinya saya kluar pergi kerja adakah jatuh talak itu...  2 bulan lepas kami pindah rumah klau saya kluar masa bergaduh dgn suami kira tak talak 2 lagi?

2.Baru nie kami ada bergaduh lagi suami panggil kedua ibubapa saya... Tapi dia x cakap apa cuma dia ceritakan dia x puas hati apa dgn sya... 2 hari selapas itu saya ada tya dia.. Abg panggil mak & abah krana nak lpaskan saya ke. Pastu suami saya kata ya... Adakah jatuh talak...
File Upload:


Salam

Mengikut apa yang saya tahu, lafaz taklik suami itu adalah jelas dan sah. dan tindakan puan keluar rumah keesokan hari itu boleh menjatuhkan talak satu; atas andaian jika tanpa kebenaran suami.

Suami ni pun bodoh juga ya.. dah tau itulah sahaja pintu yang ada, diletakkan syarat tak boleh keluar.. hehe..

Beginilah puan, elok tanya balik pd suami, adakah maksud taklik itu ialah keluar pada hari kejadian sahaja atau keluar pada hari lain juga, jika pada hari kejadian sahaja, puan selamat tak tertalak. jika ia tidak dihadkan pada hari kejadian, bererti telah jatuh talak satu.

2. Pertanyaan puan memerangkap puan sendiri.. ia telah menjatuhkan talak..

Sila rujuk kes ini ke pejabat agama..

tk

Visitor IP: 218.208.254.239

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA