Soalan: Status Cerai
Nama*: | Hayazal Rahim |
Tajuk*: | Status Cerai |
Message*: | Salam Ustaz, saya nk bertanya smlm saya ada lafaz satu ayat cerai yg berbunyi " kalau mcm ni kita cerai sajalah, nk tak? Ha?" (Dalam keadaan marah). Ini disebabkan oleh marahnya saya terhadap isteri yg menolak ajakan saya utk 'bersama'di mlm jumaat. Saya ada bertanya pada isteri sebanyak lebih dari 2 kali. Tp isteri diam dan tidak menyatakan apa2. Apakah status hubungan kami. Sudah berkahwin 7 tahun denagn 2 cahaya mata. Dan saya lgsg xde niat nk bercerai. Terima kasih. |
File Upload: | |
Salam.
Pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana ia adalah satu ugutan. Lafaz cerai akan terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang; spt aku ceraikan kau...
tk
Visitor IP: 14.192.208.231
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.