Soalan: jatuh talak atau tidak?
Nama*: | azrin |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Assalammualaikum ustaz.... Saya nak tanya beberapa soalan...
1)adakah jatuh talak jika suami mengaku istri yg masih sah sebagai bekas istrinya pada perempuan lain?????
2)adakah jatuh talak jika istri sms pada perempuan simpananya "saya akan menceraikan dia untuk mendapatkan awak"....
3)bolehkah saya menuntut cerai, jika suami sering mengabaikan nafkah buat istri dan anak... Sudah masuk 6bulan dia x pernah bg duit 1sen untuk beli susu pampers anak..... Tetapi sekarang saya sedang mengandung 6bulan....
Terima kasih ustaz |
File Upload: | |
Salam
1. Tidak jatuh talak kerana tiada kalimah talak atau cerai dilafazkan ketika itu.. ia satu penipuan utk mengorat...
2. 'Akan ceraikan dia' masih ada perkataan AKAN yang menunjukkan belum terjadi, so tidak terjadilah lagi cerai tersebut.
3. Puan boleh mengadu ke pejabat agama dan boleh memohon utk tebus talak atau minta diceraikan suami atas alasan tersebut.
tk
Visitor IP: 60.53.145.64
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.