Nama*: | Qusyairi Abd Latiff |
Tajuk*: | mohon pendapat |
Message*: | salam ustaz,saya sudah bercerai dengan bekas isteri 8 bulan yg lalu atas sebab dia mencintai orang lain.Berbagai usaha saya lakukan utk menyelamatkan rumahtangga kami kerana anak-anak namun jodoh kami tidak panjang.Alasan isteri saya dia terlalu mencintai lelaki berkenaan lalu saya melepaskannya dgn berat hati. Selepas bercerai saya menjaga anak-anak saya seramai 4 orang sampai ke hari ini dengan baik.Tiba-tiba 3 hari yg lepas bekas isteri ada datang ke rumah merayu supaya saya menikahinya semula atas sebab dia sudah insaf dan bertaubat atas kesilapannya.Melihat keadaannya saya sgt sedih dan hiba kerana dia sudah tinggal sehelai sepinggang,bak kata pepatah habis madu sepah dibuang.Tiba- tiba saya teringat jasa dia kepada keluarga kami dahulu namun hati saya sudah tawar untuknya.Tapi saya tahu anak-anak masih rindukan dia.Soalan saya ustaz adakah saya patut mengambilnya semula atau membiarkan dia begitu?Saya sudah serik hidup dengannya mengenangkan mcm2 yg dia lakukan kepada saya tapi anak-anak seolah-olah mahukan ibu mereka kembali kepada saya.Mohon ustaz beri pendapat/cadangan kepada saya kerana saya benar-benar buntu sekarang.Maaf ustaz muqaddimahnya agak panjang. |
File Upload: |
Salam
Soalan pertama, sudikah saudara memaafkan dia? Jika saudara ada sedikit rasa insaf dan sedia memaafkan dia, maka tidak ada masalah untuk saudara menerimanya kembali. Tetapi perlu diperhatikan, kita perlu menerimanya sebagaimana adanya dia...
Mengenangkan anak-anak yang masih mendambakan ibu benar, elok saya cadangkan saudara menerimanya kembali. cuma perlu ditekankan agar dia benar-benar insaf dan bertaubat dan mahu menjadi isteri terbaik kepada saudara dan anak-anak.. itu yang saudara perlu tekankan kepadanya.. mintalah komitmennya sebegitu...
kadang kala kejadian lepas boleh membantu dia untuk kenal langit itu tinggi atau rendah.
tk
Visitor IP: 60.48.45.243
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.