Monday, March 23, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak..

Nama*:sha
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak..
Message*:Assalamualaikum.w.b.t,

saya nak tanya..suami saya ada melafazkan taqlik..yg berbunyi begini..'kalau sayang buka handphone abg,jatuh talak 1"..

soalan 1:
pada suatu hari saya ada pinjam handphone suami dan menggunakannya dengan keizinan suami..adakah jatuh talak?

soalan ke-2:

saya berasa sangsi dengan suami dan mencuba untuk membuka password pada handphone suami..tetapi tidak berjaya..adakah jatuh talak?

soalan ke-3:

sekiranya jatuh talak bagaimanakah cara untuk rujuk?adakah dengan hanya menjalankan tanggungjawab suami isteri atau suami kena lafaz rujuk terlebih dahulu..kalau hanya menjalankan tanggungjawab suami isteri sahaja adakah ia dikira rujuk?

soalan ke-4:

sekiranya talak sudah jatuh dalam tempoh 2 bulan tanpa kata rujuk dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri adakah dikira didalam tempoh edah..dan jika lebih 3 bulan adakah kena akad nikah sekali lagi?

Terima Kasih...
File Upload:
Salam

1. Ia tidak jatuh talak kerana atas keizinan suami untuk menggunakannya. taklik tadi bermaksud (difahami) tanpa izin suami

2. Tidak jatuh talak lagi, kerana tujuan utk membukanya belum berhasil.. tp bahaya tu.. kalau terbuka je, dah jatuh talak taklik..

3. Jika telah jatuh talak, maka suamilah yang kena lafazkan rujuk itu seperti katanya; jom kita berbaik semula, jom kita berdamai dsb

4. saya tak dapat jawab.. jika pada kes no 1 n 2, ia tidak melibatkan jatuh talak. tk

Visitor IP: 202.56.93.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA