Nama*: | FARADILA |
Tajuk*: | APAKAH HAK YANG BOLEH DITUNTUT SELEPAS PENCERAIAN BERLAKU? |
Message*: | USTAS, Saya punya beberapa soalan. Diharapkan ustas sudi membantu saya dalam menyelesaikan kekeliruan ini.. 1) 16 feb 2015 yang lalu suami saya telah melafazkan "saya ceraikan ayang dengan talak tiga (3). pada ketika itu saya sedang haid, adakah lafaz itu sah? 2) saya diceraikan oleh suami yang baru saya kahwini selama lebih kurang enam (6) bulan. selama perkahwinan suami tidak pernah memberikan saya nafkah dan saya yang menunggung segala perbelanjaan rumah tangga termasuk perbelanjaan suami seperti minyak kereta beliau, makan minum serta rokok. selepas suami menceraikan saya, suami membayar hanya rm50 sebulan kepada saya sebagai nafkah selama saya menjadi isterinya. buat pengetahuan ustas, suami tidak berkerja..sedangkan beliau cukup kuat untuk keluar berkerja..boleh kah saya membuat tuntutan bayaran lebih berkaitan nafkah tersebut? 3) ustaz, apakah yang boleh saya lakukan untuk mempertahankan hak saya kerana saya merasakan bahawa suami menceraikan saya tanpa sebab yang patut.saya berasa teraniya dengan situasi ini. saya mempertahankan beliau serta selalu membantu beliau untuk berubah dan mencari perkerjaan tetapi suami langsung tidak mahu melayan saya dengan baik serta mengabaikan saya.suami sering memarahi dan mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap saya sehigga kan saya sering berada dalam keadaan tertekan. setiap hari saya berusaha untuk menjadi isteri yang baik, serta tidak berkira kiranya saya yang menanggung segala perbelanjaan keluarga kerna saya berpendapat saya akan pertahankan rumah tangga kami dan berdoa agar suami berubah. malangnya suami terus menceraikan saya begitu saja dan hanya memberikan alasan bahawa kami telah tidak sefahaman lagi.. semasa lafaz cerai di buat kami tidak bertengkar apatah lagi bergaduh.. saya betul2 buntu dengan keadaan ini.. dimanakah silap saya sehingga kan suami tergamak meninggalkan saya begini. |
File Upload: |
1. lafaz cerai itu jelas dan terang, dan ia menjatuhkan talak tiga ke atas puan
2. Lupakanlah lelaki berkenaan.. usah ditagih lebih daripada itu... dia tak mampu...
3. Mungkin kerana dia sedar dia tidak mampu menanggung keluarga, sebab itu dia ceraikan puan..
Sudah cerai talak tiga, tiada ruang lagi untuk puan kembali kepadanya, oleh itu puan cuba lupakan dia dan binalha kehidupan baru. Ambillah iktibar daripada apa yang Allah tunjukkan kepada kita hari ini...
tk
Visitor IP: 121.121.112.177
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.