Saturday, March 7, 2015

Soalan: giliran dan masa dalam poligami

Nama*:diana
Tajuk*:giliran dan masa dalam poligami
Message*:Saya merupakan seorang isteri yang bermadu...saya dalam dilema iaitu ingin tahu tentang pembahagian masa yg adil dalam poligami...
Suami telah menetapkan masa selang sehari utk bersama dgn saya Dan madu...
Saya tidak mempunyai anak manakala madu sy mempunyai 3 org anak...
Madu sy tidak membenarkan sy utk bersama dgn anak2nya...setiap pagi waktu giliran suami bersama sy,suami akan balik ke rumah madu utk menghantar madu ke tempat kerja dan anak2 ke sekolah..masa yg diambil selalunya sejam lbh..sy pula bekerja petang dan ke tempat kerja sendiri tanpa dihntar suami..ini menjadi rutin setiap hari...jika madu saya ada hal kerja maka suami terpaksa menjaga anak2 walhal waktu itu giliran suami bersama sy....sy tidak kisah utk bersama2 menjaga anak2 madu sy, tetapi madu sy sgt marah jika suami membawa anak2 berjmpa dgn sy....jadi masa sy bersama suami mnjadi semakin kurang krn hal ini...adakah boleh sy menuntut masa gantian?
File Upload:
Salam

Bermadu dan dipoligami bukannya mudah semudah membahagikan sebiji kelapa kepada dua bahagian. Sebolehnya suami perlu membahagikan giliran bermalam sama rata kepada isteri-isterinya, namun ada juga halangan seperti anak-anak dan masalah kerja.

Dalam hal ini, para isteri perlu saling memahami keperluan dan kehendak keadaan seperti itu, ada kalanya suami perlu lebih bermalamnya pada isteri pertama kerana ada anak  yang ramai, dan adakalanya perlu bermalam lebih lama di rumah isteri kedua kerana masalah kesihatan dsb.

Apa yang perlu di sini ialah puan sebagai isteri perlulah meredai kekangan dan keadaan yang menyebabkan penggiliran ini tidak setara, maafkanlah keupayaan dan kemampuan suami. Penggiliran bermalam tidaklah seperti  yang kita fahami;  3 malam di sana, 3 malam juga di sini, tetapi memadai pada kemampuan suami dan kehendak keadaan yang terjadi. Usah pula terlalu berkira pada kelebihan yang mungkin anda kira ada pada pasangan yang seorang lagi itu, mungkin kelebihan itu lebih baik ada padanya ketika itu..

Bersabar dan bertoleransi amat penting bagi membahagiakan rumah tangga poligami..

tk

Visitor IP: 123.136.107.3

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA