Soalan: buntu
Nama*: | nurul |
Tajuk*: | buntu |
Message*: | Salam ustaz..
sy dan suami bergaduh besar...sy mendesak suami sy menceraikan sy.suami sy terlepas 'aku ceraikan kau talak 1' dlm keaadaan menjerit & marah. Selepas tu kami menyesal dgn keadaan mcm ni..suami ckp abg rujuk syg balik. suami ckp pd hari yg sama dia lafaz cerai.
sy buntu samada lafaz cerai sah@tidak dan rujuk suami sy sah ke?
Suami sy pernah juga ckp yg die pernah ckp dlm hati nak ceraikan sy.
sy buntu ustaz pikirkan masalah sy ni.
dlm masa ni kami tetap tinggal bersama dan jalani kehidupan suami isteri mcm biasa.tp cume sy rase bersalah dan terganggu.
mohon ustaz tlg sy.terima kasih |
File Upload: | |
Salam
Tindakan suami puan adalah betul.
Talak satu telah terjadi dan puan dirujuk semula oleh suami... tindakan cerai dan rujuk itu betul dan sah. sekarang puan kenalah jaga kerukunan berkeluarga dengan sebaiknya.. sebab talak dah terjadi satu talak..
tk
Visitor IP: 60.54.58.225
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.