Nama*: | Diza R |
Tajuk*: | Suami kerap ugut cederakan isteri |
Message*: | Assalamualaikum, Saya ada soalan berkaitan isu cerai. Suami saya kerap buat² lupa untuk beri nafkah zahir. Dia hanya beri nafkah sekiranya dia terasa nak bagi atau kadang² hanya beri bila saya meminta. Tetapi bila saya minta, dia akan marah² dan caci maki serta ugut saya bermacam². Apabila bergaduh dan timbul isu nafkah, suami kerap beritahu bahawa makan malam saya yang dia belanja setiap hari itu sudah mencukupi sebagai nafkahnya sebagai suami. Untuk makluman, saya bekerja dan tidak mempunyai anak. Manakala suami pula duda anak tiga. Anak² tiri saya tinggal dengan keluarga suami. Selama tempoh perkahwinan, sewa bulanan rumah dibahagi dua. Sebahagian di bayar oleh saya dan sebahagian di bayar oleh suami. Untuk makluman, saya tidak pernah ikhlas dengan wang yang saya keluarkan untuk bayar rumah. Ini kerana, saya pernah di minta suami untuk mengeluarkan tunai menggunakan kredit kad sebanyak 15ribu untuk keperluannya. Pada mulanya, saya seperti buta, dan hanya mengikut apa sahaja kehendaknya. Hari demi hari, pegawai bank terus menerus menasak saya untuk membuat bayaran sedangkan suami yang berhutang. Sudah lah saya yang terpaksa tanggung tekanan dari pegawai bank, sewa rumah pula kena bayar separuh, nafkah pula tenggelam timbul. Dia memang mempunyai masalah kewangan kritikal setiap masa kerana dia berhutang keliling pinggang. Saya pula memang tak mahu bantu kerana dia berhutang dengan nama saya. Nama saya juga sudah disenarai hitam oleh bank kerana suami. Pernah beberapa kali kami bergaduh dan suami mula ugut bahawa dia akan bomohkan saya supaya dengar cakapnya. Saya ada membuat laporan polis dan simpan senyap² laporan tersebut daripada suami. Pernah juga sekali suami keji saya dengan mengatakan dia menyesal kerana berjumpa saya buat kali pertama. Tetapi bila saya pujuk dia untuk ceraikan saya, dia berkata bahawa dia tak akan lepaskan saya dan akan buat saya sengsara dan ingin saya melutut memohon maaf darinya. Dia juga mengugut : Jangan sampai dia cederakan saya seperti mana dia cederakan isterinya dahulu. Dia juga mengaku bahawa dia bermalam di lokap selama seminggu oleh kejadian tersebut. Saya hidup dalam trauma. Saya masih tinggal sebumbung dengan suami dan melayannya sebaik mungkin kerana risau jika dia cederakan saya. Soalan saya, disebabkan oleh sikap suami begini, bolehkah saya memohon cerai taklik? Jiwa saya kacau. Saya tak mampu luahkan kepada sesiapa tetapi ahli keluarga telah pun tahu dan tidak berani membuat sebarang tindakan kerana saya masih sah isterinya. Saya tidak mahu di anggap ingkar dengan suami. Dan di sebabkan itu, saya berpura² masih mencintai suami dan hidup sebumbung dengan nya. |
File Upload: |
Mohon maaf atas pandangan ini..
JIka keadaan keselamatan dan kebahagiaan yang dicari tidak ditemui, saya kira eloklah puan mengadu ke pejabat agama untuk memohon cerai; fasakh.
Ia tidak menjadi kesalahan atas alasan keselamatan dan bebanan hutang yang ditanggung oleh puan oleh kerana bikinan suami. Berurusanlah dengan pihak pejabat agama.
tk
Visitor IP: 172.22.2.75,149.129.12.208
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.