Nama*: | ahmad naim |
Tajuk*: | Talak taklik |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, Harap ustaz berada dalam keadaan sihat sejahtera dibawah lindungNya, saya ada pertanyaan yg amat merungsingkan saya wujud baru-baru ini. Isteri saya mendapat berita status talak tahlik yg dijatuhkan oleh mahkamah syariah terhadap perkahwinan rakannya. Maka dengan hal ini isteri saya bertanyakan hal status perkahwinan kami pula. Kami telah hidup bersama hampir 9 thn dan saya pernah melafazkan talak tahlik semasa pergaduhan kami dlm masa setahun setelah kami hidup bersama. Atas rasa bimbang dgn ugutan isteri saya untuk hantarkan pulang ke pangkuan ibubapanya dan bimbang akan tindakannya untuk pulang ke rumah ibubapanya sendirian tanpa keizinan saya (tindakan membelakangkan saya yg saya kenalinya), justeru itu saya dgn marah dan tegas telah melafazkan talaq mengandungi kata2 berikut (seingat saya): 1. Berkaitan jika keluar rumah tanpa izin saya 2. Jatuh talaq 1 Lafaz yg lebih terperinci saya tidak berapa pasti kerana kejadian telah berlaku kira2 8 tahun lamanya. Malah isteri saya sendiri masih ingat secara terperinci apa yg saya telah lafazkan. Sehingga kini isteri saya masih persoalkan dan saya yakinkan beliau bahawa niat saya adalah larangan keras yang nyata setelah mengenali tindakannya jika hanya larangan biasa melalui kata2 tidak diendahkan. Cuma lafaz tahlik itu tidak saya sertakan kata2 pulang ke rumah ibubapanya, tetapi lafaz yg bersambungan dari pergaduhan akan larangan tidak pulang ke rumah ibubapanya. Untuk pengetahuan ustaz, kami waktu itu tinggal di Ampang manakala rumah mertua saya di Perak dan isteri saya masih belajar di Uitm Shah Alam. Dan berkat perkongsian hidup kami, masing2 mempunyai kerjaya, rumah, kereta dan 3 cahaya mata. Setelah lafaz itu, isteri saya tidak keluar dari rumah (hari itu) dan kami berdamai semula. Perkara yang merungsingkan isteri saya ialah adakah keesokan harinya isteri saya keluar rumah atas urusan harian seperti belajar, ke kedai dll (yg mana urusan rutin harian sepengetahuan saya-keizinan automatik) jatuhnya talak 1 seperti lafaz tahlik yang saya lafazkan? Saya akui kami waktu itu memang jahil akan kerukunan dalam agama dan kami tidak mempersoalkan langsung akan masalah ini sehingga kira2 8 thn lamanya sehingga dikurniakan 3 org cahaya mata yg amat kami sayangi. Saya yakin dgn niat lafaz tahlik saya yg mana isteri saya tidak melanggarnya manakala isteri saya pula tetap mempersoalkannya. Perkara ini juga timbul setelah pergaduhan besar kami di mana saya telah menyatakan hasrat untuk berpoligami tetapi tidak sanggup meneruskan niat atas sebab sayangkan keluarga yg telah kami bina sekian lamanya bersama 3 cahaya mata dan tidak sanggup untuk mengenali wanita lain akan sikapnya yg saya sendiri belum maklum selepas pernikahan baru itu. Kini kami amat menyesal akan perbalahan sekian lama dan saya dan isteri saya sendiri telah berubah sepenuhnya seperti pengalaman pasangan baru berkahwin dan mentaati saya sebagai suami selayaknya. Berbalik kepada permasalahan kami setelah saya yakinkan isteri saya namun isteri tetap tidak yakin dan perlu rujukan pejabat agama sepertimana cadangan dari rakannya. Saya tidak bersetuju dan cuba yakinkan isteri bahawa kami tetap suami isteri yg sah walaupun saya pernah dipukul dan diherdik seburuk rupa (pergaduhan lalu). Kini kami amat sayang menyanyangi dan tidak mahu penceraian berlaku jika rujuk ke pejabat agama kerana lupa lafaz secara terperinci dan lafaz terlalu ringkas (umumnya seperti apa sahaja tindakan keluar rumah) 8 thn lalu. Atas kerana banyak permasalahan dari kebaikan (jika mahkamah jatuhkan talaq...ditambah dengan berjuta kali keluar rumah sehingga jatuh talaq 3) saya ambil keputusan untuk tidak merujuk ke mahkamah syariah. Lebih merungsingkan saya akan status anak2 kami sepertimana kata2 isteri saya jika jatuh talaq maka anak2 akan di bin atau dibentikan dgn nama Abdullah. Dan saya amat rasa bersalah dgn anak2 akan pelajaran dan masa hadapanya seolah2 bagi saya mati itu lebih aman untuk saya lalui dari menghadapi hakikat kenyataan ini (talak 3)..maafkan saya dgn kata2 saya ini. Tambahan pula keadaan ayah saya yg mengidap kanser darah yang kini menjalani proses kimoterapi di hospital. Saya amat mohon akan khidmat nasihat ustaz akan penyelesaian ini (selain mahkamah atau denda kifarah) selain berdoa pada Allah SWT agar memberkati perkahwinan ini sebagai hubungan suami isteri yang sah serta tidak dibelenggu perkara yang was2 dari isteri untuk lalui hari2 yg mendatang. Moga ustaz sentiasa mendapat limpah rahmatNya dan hidayatNya berpanjangan. Sekian, terima kasih. -Hamba Allah- ahmad naim selangormalaysia81 |
File Upload: |
Lafaz taklik yang disebut suami adalah jelas; jatuh talak jika keluar rumah tanpa izin.
So, jika ada ketikanya isteri keluar rumah tanpa izin suami, jatuhlah talak satu.
cuma keizinan itu bagaimana? adakah pada setiap kali hendak keluar rumah (termasuk nak buang sampah) perlukan keizinan suami?
Zahirnya pada lafaz itu ialah keluar ke tempat yang tidak sepatutnya isteri itu keluar, seperti balik kampung atau ke mana-mana tempat jauh yang tidak menjadi kebiasaannya. Jika keluar ke tempat kerja dan kerja itu adalah diizinkan suami, maka ia tidaklah jatuh talak.
Jika ada sekali isteri keluar ke tempat yang tidak sepatutnya dengan tidak ada izin suami, maka terjatuhlah talak satu. Bila jatuh talak satu, kenalah dirujuk balik jika masih dalam edah, jika terlepas edah, perlulah dinikahkan semula.
Bawa berbincang dengan isteri, sama ada ada tak dia melanggar taklik, jika tiada maka ia masih selamat. Suami pula perlu tetapkan niat 'maksud tanpa keizinan suami itu' apa yang sebenarnya...
tk
Visitor IP: 14.1.193.96
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.