Nama*: | ZARINA |
Tajuk*: | LAFAZ CERAI |
Message*: | Saya telah berpisah dengan suami selama 14 tahun tanpa nafkah. Sebab perpisahan suami ada kekasih lain. Saya telah keluar rumah kerna berlaku pergaduhan besar antara kami. Kerana hati saya terlalu sakit saya telah ambil barang2 rumah kerusi meja dan pinggan mangkuk dengan lori balik kerumah ibu saya. Suami ada talipon handphone saya dan berkata ""KALAU KAU KELUAR RUMAH BERSAMA2 BARANG2 AKU "" JATUH TALAK SATU '''. Sebab terlalu geram saya keluar rumah bersama2 barang semasa suami tiada dirumah. Rumah tersebut atas nama suami saya. Dan kami duduk rumah tersebut hanya waktu cuti saja. Hari biasa kami tinggal dirumah ibu saya. Kami hanya ada rumah dan kereta saja tiada harta lain semasa itu. Suami ada buat kes perceraian di Mahkamah, dua tiga kali kami turun naik ke Mahkamah. Dan saya cakap pada Mahkamah yang saya tak nak bercerai. Saya tak nak suami lepaskan saya dan kalau dia ceraikan juga saya akan tuntut harta percarian sampai dia tak mampu nak bayar. Masa tu hati saya terlalu geram. Sampai sekarang suami saya hanya berdiamkan diri dan saya juga buat tak tahu je. Anak saya pun tak tahu perkara ni hanya saya dan suami saja yang tahu. Ahli Keluarga semua tak tahu perkara ni. Saya dapat tahu dari kawan suami yang suami ada lafazkan cerai depan kawan dengan perkataan " AKU CERAIKAN ZURINA BIN ALI BERSAKSIKAN KAU" Apa harus saya lakukan. 1. Ada kah saya telah di ceraikan ? Berapa Talak? 2. Dah kah saya layan untuk tuntut harta percarian? 3. Dah kah saya berdosa atas apa yang berlaku? 4. Dah kah umrah dan haji saya diterima oleh tuhan? Saya harap Uztaz boleh jelaskan. |
File Upload: |
Salam.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan, pada fahaman saya, tindakan puan keluar rumah dengan barangannya itu telah melanggar taklik dan telah menjatuhkan talak satu.
Oleh kerana dibawa kes ini ke mahkamah, mahkamah seharusnya menjatuhkan hukuman pada keadaan ini, saya tidak pasti adakah mahkamah hanya mendengar kes tanpa membuat sebarang ketetapan?
Lafaz yang dibuat oleh suami di hadapan kawan-kawannya juga menjatuhkan talak ke atas puan. ia jelas begitu.
1. telah diceraikan, talak satu.
2. boleh tuntut harta sepencarian...
3. dosa tak dosa, bukan pertimbangan saya... kita bertaubat bila kita sedar ada kesalahannya pada kita.
4. umrah haji tak ada kaitan dengan kes ini..
tk
Visitor IP: 149.129.24.118
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.