Nama*: | Nor |
Tajuk*: | Keraguan mengenai talak |
Message*: | Assalammualaikum Ustaz / Ustazah, Pada 1 mac 15 (Ahad) , lebih kurang Pukul 1 tengah hari Suami melafazkan sepotong ayat yang berbunyi " Engkau bangun sekarang atau tidak aku akan ceraikan engkau" berpunca dari perselisihan faham yang berlarutan selama 3 hari. Ketika suami melafazkan ayat itu, saya sedang baring di atas katil dan tidak bangun dari katil selepas dia melafazkan (yang sepatutnya saya terus bangun) , selepas lebih kurang 10 minit saya terus bangun (duduk diatas katil) kerana suami bertindak ingin keluar dari bilik. Selepas masalah selesai kami berbaik sehingga ke harini. Terdapat keraguan di hati saya dan semua mengenai lafaz dan situasi tersebut. Boleh Ustaz / ustazah terangkan mengenai status rumahtangga kami ? Terima kasih. |
File Upload: |
Salam
Wow, hebat tu, takliknya sekadar bangun atas katil sahaja..
Taklik berkenaan adalah sah dan ia boleh menjatuhkan talak ke atas puan, cuma kena tahu apa maksud suami mengenai kalimah SEKARANG, adakah masa itu juga atau dalam masa tiga minit atau 10 minit pun boleh dikira sekarang? So, puan kena dapatkan kepastian daripada suami ttg maksud lafaz SEKARANG tu..
Jika ia telah jatuh talak (talak taklik) suami kena melafazkan rujuk sebelum berbaik-baik kembali dan tidur sekali...
tk
Visitor IP: 175.139.183.41
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.