Sunday, March 22, 2015

Soalan: Kahwin , Cerai dan Rujuk

Nama*:Dafiya
Tajuk*:Kahwin , Cerai dan Rujuk
Message*:Assalamualaikum . saya nak tanya tentang status perkahwinan saya dan suami . sebelum tu saya nak cerita sikit .

June 2011 - suami dan saya pernah terlanjur sehingga saya mengandung (waktu ni kami belum berkahwin dan masih bujang).
October 2011 - kami berkahwin tapi kadi, wali dan sesetengah ahli keluarga tak tahu yang saya tengah hamil .
November 2011 - Seluruh ahli keluarga suami akhirnya tahu saya hamil sebelum nikah . Tapi tak seorang pon yang was2 dengan nikah kami (abang suami seorang ustaz dan ketua pegawai agama)
March 2012 - Saya melahirkan anak lelaki . nama anak dinasabkan kepada Abdullah .
March 2014 - Saya dan suami bertengkar . saya meminta suami menceraikan saya dan mengugut akan memcederekan diri dan anak . kemudian , suami dalam keadaan terpaksa, melafazkan "SAYA CERAIKAN AWAK" (tanpa menyebut nama saya) kemudian dia menangis kerana telah ceraikan saya atas paksaan saya . (waktu lafaz cerai , kami dalam kereta di tepi lebuhraya . cuma ada saya , suami dan anak).
Malam tu , selepas beberapa jam lafaz cerai suami bawa saya pulang ke rumah dan dia beritahu bahawa dia sayangkan saya dan mahu bersama dengan saya .
Waktu tu saya dah cool down , dan saya bersetuju ingin kembali dengan suami dan meminta suami lafaz rujuk "SAYA RUJUK AWAK" dengan betul sebelum kami bersama .
Tanpa rasa menyesal , suami terus menyebut "SAYA RUJUK AWAK" seperti yang saya inginkan . kemudian kami saling memaafkan , menangis dan menyesal kerana perbuatan kami .
Selang beberapa hari , kami telah bersama seperti sediakala . Tapi kami tak memfailkan cerai dan rujuk kami ke mahkamah dan tiada siapa tahu tentang cerai dan rujuk ini . hanya kami suami isteri sahaja yang tahu . nak tanya pendapat abang suami , kami malu .

Soalan saya

1 - Sah ke akad nikah saya dalam keadaan hamil anak suami saya tanpa pengetahuan wali , kadi dan saksi ?
2 - Adakah talak jatuh walaupun suami terpaksa melafazkan cerai atas desakan saya yang ingin memcederakan diri dan anak ?
3 - Adakah sah rujuk kami ? (saya yang bagi contoh ayat lafaz rujuk kepada suami , kemudian suami mengikut lafaz rujuk itu)
4 - Berapa denda dikenakan jika kami ingin failkan kes ke mahkamah sebagai rekod ?
File Upload:
Salam

1. Akad nikahnya sah, tetapi haram hukumnya.. maksudnya sah sebagai suami isteri cuma perbuatan tu tak baik/ tak kena...

2. Paksaan itu sejauh mana membahayakan, jika benar-benar membahayakan keadaan, maka cerai itu tidak sah dan tidak diakui. Tapi jika sedikit sahaja paksaan itu, ia boleh menjatuhkan cerai juga...

3. Lafaz rujuk seperti itu adalah sah dan betul begitu...

4. Saya tidak pasti ttg denda tu..

Cuma nasihat saya, berpandukan pada kes ini, saya tidak pasti ugutan itu sekuat mana, ugutan yang benar menakutkan atau tidak... sehingga terkeluarlah ceraikan awak...

Lebih selamat, puan boleh sahaja berpegang kepada terjadinya talak satu dan telahpun rujuk kembali... 

tk

Visitor IP: 175.138.203.231

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA