Tuesday, March 17, 2015

Soalan: Ibu dan Ibu Bapa Mertua

Nama*:Ari
Tajuk*:Ibu dan Ibu Bapa Mertua
Message*:assalamualaikum Ustad, mohon pandangan.

Isteri saya sering menuduh saya dahulukan ibu saya berbanding dia. Walhal saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak lelaki dan sulong. Ayah sudah tiada. Saya tak pernah lupakan tanggungjawa saya sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tetapi isteri saya sering menuduh saya lebihkan ibu saya. Salah ke kalau saya bertanya khabar ibu, hendak pulang jenguk ibu pun susah, kadang-kadang isteri menyuruh saya pulang seorang untuk jenguk ibu saya.

Sebaliknya kalau ibu bapanya, dalam sebulan mesti kena balik kampung, dan dalam bulan sama juga, mak ayah dia akan bertandang ke rumah kami. Kiranya dalam sebulan, 2 minggu mesti masa dihabiskan dengan keluarga belah isteri. Saya merasakan ini tidak adil kerana saya tidak dapat jenguk ibu sendiri, walaupun ibu saya rindukan cucunya. kami menetap di Kuala Lumpur. Ibu saya tinggal di Putrajaya, Ibu bapa isteri saya tinggal di johor.

Apabila saya mengutarakan perkara ini, isteri sering kali mengeluarkan kata-kata yang banyak menyinggung hati dan perasaan saya. Sering kali bergaduh dahulu baru saya dapat pulang jenguk ibu sendiri. Kadang-kadang saya rasa berdosa pada ibu saya kerana jarang dapat berjumpa dengan ibu saya. Cuma sekadar berbual dalam talian.
File Upload:
Salam

Ini tidak adil!!!

Hehe.. tahniah kerana punyai isteri yang seperti itu.. itulah kelebihan dia yg tiada pada anda dan tiada pd orang lain..

Bawalah berbincang dalam hal ini.. Bincang masa gembira bukan bincang nak marah-marah.. bincang masa marah, jadi gaduh, bincang masa baik.. jadilah ia satu perbincangan...

Saudara buatlah sedikit perbandingan, bacakan cerita hikayat entah berantah sebagai iktibar kpd isteri untuk dijadikan pengajaran... itukan resam rumah tangga... fikirkan bersama soal kesediaan masa untuk bergerak, kos transport, keperluan melayani kehendak bersama dll..

Lagipun KL dan Putrajaya tidaklah jauh, sejengkal je (tengok kat map le...) Johor tu jauh sikit...

Bimbinglah dia untuk menghargai kehadiran mak mertua dan bapa mertua, suami juga perlu tunjukkan kasih dan sukanya kpd emak bapa mertua.. barulah adil...

ok.. moga bahagia..

tk



Visitor IP: 172.17.87.224,1.9.34.10

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA